Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan salur bantuan kepada petani, nelayan dalam masa terdekat

Kepada petani, nelayan dalam masa terdekat

-

IPOH: Kerajaan akan menyalurka­n Bantuan Sara Hidup (BSH) musim tengkujuh kepada pekebun-pekebun kecil di negara ini dalam masa terdekat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata bantuan itu akan turut diberikan kepada petani, nelayan, penoreh getah termasuk peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (Felda).

Beliau berkata kabinet pada Rabu lepas telah bersetuju menyalurka­n bantuan tersebut selepas menerima laporan mengenai keadaan golongan berkenaan yang terjejas pendapatan disebabkan musim tengkujuh.

“Jumlah bantuan akan ditentukan oleh Kementeria­n Kewangan dan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani,” katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) 2018 di sini pada Jumaat.

Konvensyen tiga hari bermula Jumaat bertemakan ‘Menggalas Amanah, Membina Negara’, dihadiri 1,000 anggota perwakilan dari 156 kawasan sah berdaftar serta kira-kira 3,000 pemerhati dari dalam dan luar negara.

Ditanya sama ada bantuan itu akan diberikan secara sekali sahaja, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah berkata perkara itu akan dibincangk­an kemudian.

Terdahulu, Presiden Amanah Mohamad Sabu dalam pidato presiden berharap kerajaan dapat mengembali­kan BSH musim tengkujuh kepada pekebunpek­ebun kecil di negara ini.

Selain itu, Mohamad juga berharap supaya kerajaan dapat menangani masalah kejatuhan harga sawit yang memberi kesan besar kepada peneroka dan pekebun kecil.

“Amanah akan terus komited memperjuan­gkanagarke­bajikan mereka lebih terpelihar­a di bawah pemerintah­an kerajaan Pakatan Harapan. Mereka inilah golongan yang paling terhimpit dengan keadaan ekonomi semasa.

“Pengumuman terbaru kerajaan untuk menaikkan harga lantai getah kepada RM2.50 sekilogram dan juga kenaikan skim harga subsidi padi kepada RM360 bagi satu tan amatlah dihargai,” katanya.

 ?? GambarBern­ama ?? MOHAMAD Sabu (tengah) ketika perbarisan kehormat sempena Konvensyen Nasional Amanah 2018 pada Jumaat. Turut sama Salahuddin (kiri) dan Mohd Anuar (kanan).
GambarBern­ama MOHAMAD Sabu (tengah) ketika perbarisan kehormat sempena Konvensyen Nasional Amanah 2018 pada Jumaat. Turut sama Salahuddin (kiri) dan Mohd Anuar (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia