Utusan Borneo (Sabah)

Heriot-Watt University Malaysia diiktiraf

Komited sediakan sistem pembelajar­an terbaik buat pelajar

-

KUALA LUMPUR: Ditubuhkan sejak tahun 18201, Heriot-Watt University sememangny­a terkenal dengan rekod kecemerlan­gan dalam industri pendidikan dan baru-baru ini, universiti ini telah diiktiraf Times and Sunday Times Good University Guide 2018 sebagai universiti antarabang­sa terbaik.

Selain itu, beberapa kursus yang disediakan oleh universiti itu juga turut diiktiraf di antara jurusan yang terbaik, contohnya seperti di United Kingdom jurusan kejurutera­an awam, kejurutera­an elektronik serta jurusan perakaunan dan kewangan masing- masing menduduki tempat ketiga teratas di United Kingdom.

Deputy Provost HeriotWatt University, Profesor Dennis Wong berkata, HeriotWatt University Malaysia menawarkan pakej kursus dan program yang sama seperti kampus di Dubai, Edinburgh dan Scotland.

“Sehubungan itu, ianya memberi kelebihan kepada pelajar untuk bertukar kampus dan menikmati suasana belajar yang berbeza. Ini membolehka­n mereka menimba pengalaman di luar negara sambil menimba ilmu bersama rakan sekelas yang baru,”

“Kami menggalakk­an pelajar melihat dunia dan mengubahny­a. Kami

“Kami menggalakk­an pelajar melihat dunia dan mengubahny­a. Kami memiliki lima buah kampus dan 150 rakan pengajian di seluruh dunia. Para pelajar boleh memanfaatk­an peluang yang diberikan untuk memindahka­n pengajian mereka ke kampus di luar negara menerusi program pertukaran kampus Go ” Global PROFESOR DENNIS WONG Deputy Provost Heriot-Watt University

memiliki lima buah kampus dan 150 rakan pengajian di seluruh dunia. Para pelajar boleh memanfaatk­an peluang yang diberikan untuk memindahka­n pengajian mereka ke kampus di luar negara menerusi program pertukaran kampus Go

Global.

“Heriot-Watt University turut memberi penekanan kepada perkembang­an kemahiran kepada pelajar sekaligus menyediaka­n platform untuk melonjakka­n mereka ke arah mencapai citacita mereka dan memudahkan mereka mendapat pekerjaan di masa hadapan,”katanya pada sesi wawancara media bersama wartawan Utusan Borneo dan See Hua daily News. Tambah Professor Dennis lagi “Heriot-Watt University turutmempu­nyaikursus­dalam program asas yang direka untuk menyediaka­n pelajar dengan kemahiran dan ilmu pengetahua­n yang diperlukan untuk membolehka­n mereka mencapai kecemerlan­gan dalam program mahasiswa.

“Antara program asas ini ialah ‘Empower Programme’ dan ‘Youth Transforma­tion Programme (YTP)’ yang memberi kelebihan pada pelajar kami.

‘Empower Programme’ merupakan program berstruktu­r empat peringkat yang direka untuk memberi jaminan masa depan, menyerlahk­an potensi dan menyediaka­n pelajar kami untuk menghadapi masa hadapan mereka.

“Peringkat pertama program ini ialah kursus jangka masa setahun yang perlu diduduki setiap pelajar pada tahun pertama mereka berada di universiti. Kursus ini bertujuan untuk membangunk­an graduan yang berjaya, bijak dan bersemanga­t.

“Bagi tiga peringkat yang seterusnya, pelajar akan dinilai berdasarka­n penilaian peribadi oleh tutor masingmasi­ng sepanjang mereka belajar di sini.

“Bagi Youth Transforma­tion Programme (YTP) pula, ia merupakan program yang direka untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertujuan bagi membantu memperkasa­kan dan memberi inspirasi kepada pelajar ini untuk membolehka­n mereka menjalani transisi daripada sekolah ke pengajian universiti,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai program dan biasiswa yang ditawarkan di Heriot-Watt University Malaysia,melawatkam­pusnya di Putrajaya sempena Hari Terbuka Kampus HeriotWatt University Malaysia pada 16 Disember dari 10 pagi hingga 5 petang.

Anda juga boleh melayari laman web www. hw.edu. my atau hubungi +60 3 8894 3888 atau / e-mel hwum@ hw.ac.uk .

 ?? HERIOT-Watt University Malaysia menawarkan pakej kursus dan program yang sama seperti kampus di Dubai, Edinburgh dan Scotland. ??
HERIOT-Watt University Malaysia menawarkan pakej kursus dan program yang sama seperti kampus di Dubai, Edinburgh dan Scotland.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia