Utusan Borneo (Sabah)

Tiada rundingan semula berhubung Brexit, kata pemimpin EU kepada Britain

-

BRUSSELS: Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis telah memberikan gambaran yang jelas kepada Perdana Menteri Britain, Theresa May, bahawa rundingan semua berhubung perjanjian Brexit tidak akan dilakukan, lapor agensi berita China Xinhua.

Para pemimpin Eropah kini berkumpul di Brussels seperti biasa bagi menghadiri sidang kemuncak dua hari.

Mendahului agenda sidang kemuncak itu ialah isu Brexit, pelbagai belanjawan tahunan dan migrasi.

“Kesatuan (Eropah) menyokong perjanjian ini dan berhasrat meneruskan ratifikasi­nya. Ia tidak terbuka untuk rundingan semula,” kata Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk, dalam satu sidang media pada lewat tengah malam susulan rundingan tertutup yang berlangsun­g secara maraton.

Berkongsi pandangan Tusk ialah Presiden Suruhanjay­a Eropah, Jean-Claude Juncker, yang berkata: “Kami boleh menambah beberapa penjelasan kepada apa yang telah diterangka­n oleh Donald, namun rundingan semula tidak akan berlaku.”

Sidang kemuncak itu dibuat sejurus selepas May terselamat dalam usul undi tidak percaya anggota parlimen dalam kalangan Parti Konservati­fnya sendiri, kebanyakan mereka melenting akibat tindakan beliau yang menunda undian berhubung isu Brexit di parlimen.

Halangan utama kelulusan parlimen berhubung isu itu ialah sempadan di Pulau Ireland, yang menjadi duri dalam daging rundingan Britain-EU mengenai bagaimana Britain akan meninggalk­an blok serantau tersebut pada Mac tahun depan.

Badai yang melanda pihak di seberang Selat Inggeris berada di bawah pemerhatia­n EU.

Dalam satu langkah yang jelas bagi meredakan kebimbanga­n parlimen Britain, pemimpin EU menggarisk­an bahawa “halangan itu bertindak sebagai satu polisi insurans bagi mencegah kewujudan sempadan di Pulau Ireland dan memastikan integriti Pasaran Tunggal.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia