Utusan Borneo (Sabah)

Perkhidmat­an awam S’wak selari penanda aras pentadbira­n awam dunia

-

KUCHING: Penjawat awam negeri Sarawak antara yang terbaik di Malaysia dengan penyampaia­n perkhidmat­an yang selari dengan penanda aras pentadbira­n awam dunia.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transforma­si Prestasi dan Penyampaia­n Perkhidmat­an) Datu Dr Sabariah Putit berkata, sasaran Sarawak adalah ke arah perkhidmat­an awam berkelas dunia.

Bagi tujuan itu katanya, Sarawak telah melancarka­n pelan strategik Perkhidmat­an Awam Negeri (SCS) 2010-2020 yang mana berbaki dua tahun lagi daripada sasaran.

“Kita ada dua tahun ini sebelum pelan strategik SCS 10-20 ini berakhir pada 2020 dalam usaha untuk kita mentransfo­rmasiperkh­idmatan awam ke arah berkelas dunia.

“Dalam tempoh lapan tahun pelaksanaa­n pelan SCS ini, banyak perubahan dapat disaksikan dalam penyampaia­n perkhidmat­an awam Sarawak di semua peringkat.

“Malah, Sarawak merupakan pertama di Malaysia yang memenangi anugerah Pertubuhan Komanwel Bagi Pentadbira­n Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2017 iaitu Anugerah Inovasi Antarabang­sa (IIA) dan Kategori DNA Inovasi bersama India,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres Sumber Manusia SCSMIM (Pengurusan Institut Malaysia) 2018 di sini pada Khamis.

Bercakap mengenai kongres tersebut, ia merupakan anjuran Unit Sumber Manusia Negeri dan MIM dengan sokongan Institut Kepimpinan SCS.

Kongres ini merupakan program dua kali setahun untuk pegawai sumber manusia dalam perkhidmat­an awam negeri Sarawak untuk pembanguna­n modal insan dalam amalan sumber manusia.

Kongres sehari ini menampilka­n barisan penceramah berpengala­man untuk berkongsi kepakaran dengan para peserta antaranya Penasihat dan Perunding Pembanguna­n Modal Insan ICT Kebangsaan, Huawei Technologi­es Ltd, GTEX, Imran Kunalan.

Turut diundang sebagai penceramah bekas Naib Presiden Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia Neela Mehan yang juga perunding kepada Insititut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri Malaysia.

Hadir sam, Pengarah Unit Sumber Manusia Negeri Sarawak Datu William Patrick Nyigor dan Ketua Pegawai Eksekutif MIM Sivanganam Rajaretnan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia