Utusan Borneo (Sabah)

UMSKAL bincang kerjasama penyelidik­an bersama Perbadanan Labuan

- Oleh YAP SIONG HAN

LABUAN: Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL), Prof. Dr. Murnizam Halik mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Perbadanan Labuan Dato Sri Hj Amir Hj Hussein di pejabatnya, Tingkat 10, Bangunan Menara Perbadanan Labuan, barubaru ini.

Turut serta dalam kunjungan hormat itu ialah Timbalanny­a Prof Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal dan Pengarah Institut Biologi Tropika dan Pemulihara­an UMS Prof. Madya Dr. Monica Suleiman.

Kunjungan satu jam setengah itu bertujuan untuk membincang­kan hubungan kerjasama antara UMS dan Perbadanan Labuan melalui penyelidik­an dalam pelbagai bidang terutamany­a berkaitan pelanconga­n di Labuan.

Dalam pada itu, Amir menjelaska­n pelanconga­n Labuan perlu mempunyai identiti tersendiri dan berpotensi untuk dimajukan dengan mempelbaga­ikan produk pelanconga­n.

Katanya, Labuan sering dianggap sama seperti Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya, sedangkan pulau ini masih banyak aktiviti berkaitan pelanconga­n yang boleh diterokai.

“Perbadanan Labuan bersedia membantu serta mengalu-alukan kerjasama dengan UMS dalam mengadakan program yang dapat menyumbang kepada komuniti di sini,“katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Sementara itu Murnizam berkata, UMS bercadang untukmenja­lankankaji­selidik awal yang berkaitan untuk melihat peluang serta potensi Labuan sebagai sebuah pulau pelanconga­n dan seterusnya dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke pulau berkenaan.

Menurutnya, UMS turut mencadangk­an agar diwujudkan sebuah ‘Research Station’ di Labuan bagi memudahkan lebih ramai penyelidik dan pelajar untuk membuat kajian berkaitan pulau itu.

Selain itu katanya, UMSKAL sedia bekerjasam­a dengan Perbadanan Labuan, agensi kerajaan dan swasta untuk membangunk­an Labuan.

Penganjura­n pelbagai program di UMSKAL juga diharap dapat membantu menjana ekonomi dan merancakka­n industri pelanconga­n sekali gus menaikkan nama Labuan.

 ??  ?? AMIR (duduk tengah) menerima kunjungan hormat dari Murnizam (duduk kanan) dan Monica (duduk kiri). Turut kelihatan Geoffrey (berdiri kanan).
AMIR (duduk tengah) menerima kunjungan hormat dari Murnizam (duduk kanan) dan Monica (duduk kiri). Turut kelihatan Geoffrey (berdiri kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia