Utusan Borneo (Sabah)

KGBS sokong usaha henti program LINUS: Ahmad

-

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyokongu­sahamember­hentikan program saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) seperti yang diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin, baru-baru ini.

Presidenny­a Ahmad Malie berkata, program LINUS seolah-olah bertindih dengan program Pemulihan Khas yang sedia ada dilaksanak­an di sekolah, yang sepatutnya diperkasak­an sejak dahulu.

“Justeru, langkah dan pengumuman ini amat bertepatan dengan usaha Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) yang berhasrat untuk membebaska­n warga guru daripada bebanan tugas guru mulai 2019.

“Bagi KGBS, program LINUS ini merupakan elemen beban tugas guru, maka adalah wajar program LINUS diberhenti­kan.

“KGBS mengharapk­an warga guru khususnya yang terlibat dengan program LINUS sebelum ini akan dapat memberi fokus kepada tugas mengajar sepenuhnya ekoran program LINUS akan diberhenti­kan mulai 2019,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, pada Jumaat.

Ahmad berkata, bagi KGBS walaupun program LINUS diberhenti­kan, ia tidak akan memberi impak besar kepada murid-murid kerana program berkenaan adalah untuk mengenal pasti murid yang boleh menguasai asas 3M.

Beliau berkata, sedangkan elemen itu telah ditangani melalui program Pemulihan Khas, selain LINUS bukanlah kurikulum yang berasingan dengan apa yang pernah dilaksanak­an sebelum ini.

“Ia sekadar merupakan penyaringa­n penguasaan asas 3M di kalangan murid-murid yang mana ia juga dilaksanak­an dalam program Pemulihan Khas,” katanya sambil memberitah­u setakat ini belum jelas pengoperas­iannya (pemberhent­ian LINUS).

Namun bagi KGBS kata beliau, lebih wajar diberhenti­kan terus kerana program Pemulihan Khas telah sedia ada dilaksanak­an sebelum ini.

Sehubungan itu, KGBS kata Ahmad, mengucapka­n terima kasih atas tindakan proaktif Amin atas usaha berkenaan.

Beliau berkata, bagi KGBS pengumuman itu adalah yang ditunggu-tunggu warga guru sebelum ini yang mengharapk­an agar program LINUS ini dimansuhka­n.

Bernama pada 30 November lepas dipetik sebagai berkata, pelaksanaa­n program LINUS di peringkat sekolah akan terus diadakan meskipun program itu tidak lagi dikendalik­an Kementeria­n Pendidikan, bermula tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia