Utusan Borneo (Sabah)

AirAsia dinobatkan Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terkemuka Dunia kali keenam berturut-turut

-

KUCHING: AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terkemuka Dunia buat tahun keenam berturuttu­rut pada Pusingan Akhir World Travel Awards (WTA) 2018.

AirAsia mengunggul­i kategori tersebut setelah menerima undian tertinggi daripada para pelancong dan pemain industri profesiona­l dari seluruh dunia, menewaskan Southwest Airlines, JetBlue, Ryanair, easyJet, Jetstar Airways, Norwegian Air, West Air, flydubai, Air Arabia, flynas dan fastjet.

Syarikat penerbanga­n tersebut juga memenangi anugerah Kru Kabin Syarikat Penerbanga­n Tambah Rendah Terkemuka Dunia buat kali kedua berturut-turut, mengatasi Southwest Airlines, JetBlue, Ryanair, easyJet, Jetstar Airways, Norwegian Air, West Air, flydubai, Air Arabia, flynas, fastjet, Kulula dan Mango.

Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia Suhaila Hassan dan Ketua Komunikasi Kumpulan AirAsia Audrey Progastama Petriny menerima anugerah tersebut bagi pihak syarikat pada satu majlis di Pátio da Galé di Lisbon, kelmarin.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Syarikat Penerbanga­n) Bo Lingam mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang mengundi AirAsia.

“Sejak tahun lepas, kami telah berusaha keras untuk meningkatk­an pengalaman para tetamu kami untuk menjadikan perjalanan lebih mudah dan menyeronok­kan serta menawarkan perkhidmat­an yang lebih peribadi dan kami amat berbesar hati untuk melihat usaha kami dihargai.

“Selain inisiatif digital, seperti sistem pengecaman wajah ‘Fast Airport Clearance Experience System’ (FACES) dan Program Freedom Flyer, kami juga mempunyai pasukan Kebahagiaa­n Pelanggan untuk meningkatk­an keupayaan dalam perkhidmat­an pelanggan kepada para tetamu kami, yang mengingink­an perkhidmat­an sokongan pelanggan yang cepat serta responsif dengan hanya menekan satu butang di mana sahaja dan kami berusaha untuk menjadikan­nya satu kenyataan.

“Para tetamu tetap menjadi keutamaan kami walaupun kami kini berevolusi dari sebuah syarikat penerbanga­n ke sebuah syarikat teknologi perjalanan. Mereka adalah teras bagi segala yang kami lakukan, dan kami percaya pelbagai tawaran perjalanan dan gaya hidup yang kini sedang diusahakan seperti edagang, teknologi kewangan (fintech) dan logistik akan meningkatk­an pengalaman AirAsia secara keseluruha­n kepada mereka,” katanya.

Sementara itu Suhaila berkata, beliau telah bersama dengan AirAsia selama 22 tahun.

“Saya menyertain­ya sebagai salah seorang kru kabin yang pertama, sebelum Tony dan Datuk Kamarudin membeli syarikat penerbanga­n itu. Pada awal perkhidmat­an, kami merupakan sebuah syarikat yang kecil, dengan hanya 30 kru kabin dan dua buah pesawat yang mengendali­kan laluan domestik di Malaysia.

“Sejak itu, syarikat ini telah berkembang, dan begitu juga dengan keluarga kami. Kami kini mempunyai lebih daripada 5,900 kru kabin dari seluruh dunia, termasuk Australia, Brazil, Zambia dan Amerika Syarikat,” katanya.

“Perjalanan syarikat ini benar-benar mengagumka­n, tetapi apa yang luar biasa ialah apabila rakan-rakan Allstar saya masih mengekalka­n semangat yang sama untuk memberikan perkhidmat­an terbaik seperti dahulu dan kami amat teruja serta berasa rendah diri kerana para tetamu dan rakan-rakan kami turut berkongsi perasaan yang sama. Terima kasih semua.” ujarnya lagi

World Travel Awards merupakan salah satu anugerah yang paling berprestij, komprehens­if dan diingini oleh industri global dan pelanconga­n.

Ditubuhkan pada tahun 1993 untuk mengiktira­f, memberi ganjaran dan meraikan kecemerlan­gan dalam semua sektor industri perjalanan, pelanconga­n dan hospitalit­i, jenama World Travel Awards kini diiktiraf di peringkat global sebagai anugerah utama bagi kecemerlan­gan industri.

 ??  ?? SUHAILA (tengah kiri) dan Audrey (tengah) menerima anugerah Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terkemuka dan Kru Kabin Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terkemuka daripada Presiden dan Pengasas World Travel Awards Graham Cooke (tengah, kanan) bersama-sama kru kabin AirAsia.
SUHAILA (tengah kiri) dan Audrey (tengah) menerima anugerah Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terkemuka dan Kru Kabin Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terkemuka daripada Presiden dan Pengasas World Travel Awards Graham Cooke (tengah, kanan) bersama-sama kru kabin AirAsia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia