Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat swasta digalak sumbang bantuan bina rumah rakyat miskin

-

KUCHING: Syarikatsy­arikat swasta negeri ini digalak untuk menyumbang bantuan membina rumah bagi membantu rakyat miskin atau mangsa bencana kebakaran.

Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sumbangan seperti menyalurka­n peruntukan membina kediaman rakyat boleh menjadi sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat.

Beliau berkata, program Projek Rumah Ihsan Wan Junaidi (PRIWJ) yang diperkenal­kan tiga tahun lalu dapat dilaksanak­an atas sumbangan yang disalurkan oleh sebuah syarikat berpangkal­an di Semenanjun­g.

“Syarikat ini bersedia menyalurka­n dana peruntukan membina Rumah Ihsan Wan Junaidi bagi membantu mangsamang­sa kebakaran dan orang miskin membina rumah dalam kawasan Parlimen Santubong.

“Syarikat-syarikat swasta negeri ini mungkin boleh mencontohi langkah yang sama sebagai sebahagian daripada CSR,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan projek itu di rumah penerima di Kampung Muara Tebas di sini, pada Jumaat.

Wan Junaidi berkata, CSR daripada syarikat lebih cepat dalam membantu mangsa membina rumah kerana proses permohonan tidak mengambil masa lama berbanding permohonan kerajaan.

Setakat ini katanya, banyak rumah telah dibina di bawah projek itu dalam kawasan Parlimen Santubong hasil sumbangan dan kerjasama syarikat terbabit dengan kos RM70,000 seunit.

“Saya harap, Insya-Allah program ini akan dapat diteruskan dalam usaha kita membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya sambil memberitah­u projek itu merupakan satu-satunya yang dilaksanak­an di negara ini sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Wan Junaidi dalam pada itu turut meluangkan masa melawat rumah penerima serta menandatan­gani plak PRIWJ.

 ??  ?? WAN Junaidi menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian PRIWJ di rumah penerima di Kampung Muara Tebas.
WAN Junaidi menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian PRIWJ di rumah penerima di Kampung Muara Tebas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia