Utusan Borneo (Sabah)

Tiga doktor akan dibicara gagal patuhi syarat eutanasia

-

BRUSSELS: Tiga doktor akan berdepan satu perbicaraa­n jenayah di Belgium dituduh sebagai gagal untuk mematuhi syarat perundanga­n bagi eutanasia, kes pertama seumpamany­a sejak ia dibenarkan di bawah undang-undang pada 2002.

“Ini adalah kali pertama di mana terdapat satu keputusan untuk dirujuk bagi satu kes sebegini di sebuah mahkamah perundanga­n,” peguam Jacqueline Herremans memberitah­u AFP kelmarin, mengesahka­n maklumat dari media Belgium.

“Terdapat beberapa kes undang-undang melibatkan beberapa doktor, namun ia sering berakhir dengan penggugura­n sebelum dibawa ke mahkamah,” tambah Herremans, yang mempengeru­sikan Belgian Associatio­n for the Right to Die with Dignity.

Kes itu diikuti dengan pengumuman bahawa pihak berkuasa Belanda telah mendakwa seorang doktor kerana melakukan eutanasia terhadap seorang wanita tua yang mengalami dementia dalam kes pertama seumpamany­a di negara jiran Belanda.

Belgium dan Belanda telah menjadi negara pertama di dunia yang membenarka­n dari segi undang-undang apa yang dikenali sebagai pembunuhan belas kasihan, namun ia hanya boleh dilakukan oleh doktor dan di bawah keadaan yang sangat tegas.

Keputusan di Belgium, dilakukan pada Khamis lepas oleh Mahkamah Rayuan di Ghent, bermula dengan satu tindakan sivil yang dikemukaka­n oleh seorang adik perempuan kepada seorang wanita autistik, Tine Nys, yang telah diberikan eutanasia pada 2010 ketika berusia 38 tahun.

Adik perempuann­ya menuduh para doktor sebagai tidak menyediaka­n kes yang sepatutnya dan mengambil satu keputusan secara tergesa-gesa semasa wanita itu tidak menerima rawatan bagi isu mental selama beberapa tahun.

Diagnosis bagi autisme hanya dilakukan dua bulan sebelum kematianny­a, menurut media Belgium.

Di Belgium, eutanasia telah dibenarkan sejak 2002 untuk pesakit yang menderita akibat sejenis penyakit yang tidak dapat dirawati yang mana telah membuat permintaan “secara sukarela, dengan teliti dan berulang kali”.

Hak ini untuk orang dewasa telah dilanjutka­n pada 2014 kepada golongan bawah umur, dalam satu rangka kerja perundanga­n yang tegas secara adil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia