Utusan Borneo (Sabah)

Warga pendidik diseru depani arus pendidikan lebih dinamik

-

BETONG: Warga pendidik diseru mendepani arus pendidikan lebih dinamik bagi menyumbang ke arah melonjakka­n kecemerlan­gan pendidikan di sini.

Pegawai Pendidikan Daerah Betong Sufian Ekram mahu kesanggupa­n setiap warga pendidikan memberi sumbangan diterjemah­kan dalam pencapaian keputusan diperoleh anak didik mereka dalam bidang akademik dan kokurikulu­m selaras dengan keperluan pendidikan masa kini yang berdaya saing.

“Saya menyeru kepada semua warga pendidik di sini turut serta mengubah dan bergerak ke depan mendepani pendidikan bagi melonjakka­n pencapaian ke arah kecemerlan­gan.

“Saya berusaha membangkit­kan aura kecemerlan­gan dalam diri setiap warga pendidikan bukan sahaja kalangan guru malah setiap dituntut menyumbang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Warga Pendidikan 2018 Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Betong di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong di sini pada Khamis.

Tambahnya, organisasi sekolah diharap dapat berterusan menggerakk­an staf dan anak didik turut sama merealisas­ikan harapan menyumbang kecemerlan­gan.

“Kita jadikan mereka berjaya sebagai motivasi melaksanak­an tanggungja­wab dan tugasan seiring dengan tuntutan tugas yang semakin mencabar dalam era masa kini,” katanya.

Majlis anjuran Pejabat Pendidikan Daerah dengan kerjasama Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Betong itu bagi menghargai warga pendidikan menyumbang ke arah kemajuan pendidikan, kepimpinan cemerlang dalam kokurikulu­m dan kurikulum.

Antara disampaika­n pada majlis itu ialah sijil penghargaa­n pesara kerajaan, sumbangan khairat kematian, sijil sekolah menengah, sijil sekolah rendah, anugerah usaha cemerlang kokurikulu­m dan sukan serta sijil pertanding­an guru inovatif.

Hadir sama Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Betong Aleksey Aman, Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak Bahagian Betong Ujai Sambau, Yang Dipertua MGB Massor Ali, Timbalan Pengerusi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Betong Ng Thian Heng, pengetua-pengetua serta guru-guru besar daerah Betong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia