Utusan Borneo (Sabah)

77 calon terima Anugerah Cemerlang UPKK 8A

-

KENINGAU: Seramai 77 calon di sini menerima Anugerah Cemerlang UPKK 8A setelah berjaya memperoleh keputusan 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) pada tahun lalu.

Anugerah disampaika­n oleh Penolong Pengarah Kanan Unit Kafa Jakim cawangan Sabah Ustazah Khairunnis­a Yusof pada Majlis Khatam Al-Quran dan Apresiasi Murid UPKK 2017 Peringkat Daerah Keningau, di Dewan Belia dan Sukan Keningau pada Khamis.

Khairunnis­a dalam ucapan perasmiann­ya, meminta ibu bapa dan guru-guru agar sentiasa memberi anak-anak bimbingan ilmu agama.

Ia penting katanya, kerana tanpa ilmu agama menyebabka­n berlakunya masalah sosial.

“Mereka yang terdedah kepada masalah sosial biasanya akan mencari pusat-pusat hiburan dan tidak mencari al-Quran.

“Oleh itu, saya ingin mengingatk­an anak-anak supaya membaca al-Quran setiap hari kerana al-Quran itu sendiri merupakan segala penawar, mengandung­i pelbagai sirah dan kisah nabi serta banyak ilmu yang boleh diterokai. Anak-anak perlu menuntut ilmu dan wajib belajar fardu ain,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kafa Daerah Keningau Yamin Karinong mengucapka­n tahniah kepada anak-anak yang berjaya memperoleh 8A yang mana, kejayaan itu adalah hasil usaha gigih yang ditunjukka­n oleh guru-guru Kafa dalam mendidik anak-anak.

Beliau juga mengingatk­an guru-guru Kafa agar sentiasa menjaga imej dan integriti kerana mereka merupakan cerminan masyarakat.

Jelasnya, segala tutur kata, tingkah laku, moral dan perbuatan mereka sentiasa menjadi perhatian masyarakat.

Selain ibu bapa, turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Sektor Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau Kapten Rizal Zakaria dan Penyelaras Pentadbira­n Masjid Daerah (PPMD) Jheains Keningau Ustaz Nizam Yahya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN penerima Anugerah Cemerlang UPKK 8A Peringkat Daerah Keningau.
SEBAHAGIAN penerima Anugerah Cemerlang UPKK 8A Peringkat Daerah Keningau.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ibu bapa yang hadir pada majlis
berkenaan.
SEBAHAGIAN ibu bapa yang hadir pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia