Utusan Borneo (Sabah)

61 pelajar Tingkatan 6 SMK Kudat terima sijil pencapaian akademik

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Seramai 61 pelajar tingkatan enam atas (semester tiga) SMK Kudat menerima sijil pencapaian akademik pada Majlis Konvokesye­n sekolah itu di Dewan Hakka Kudat, 31 Oktober lalu.

Selain penyampaia­n sijil pencapaian akademik itu adalah berdasarka­n peperiksaa­n awam semester satu dan semester dua Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2018.

Muhammad Zikri Rosle telah diumumkan sebagai Pelajar Cemerlang dengan purata pencapaian PNGK 3.75.

Pengetua SMK Kudat Rozlan Hashim berkata, selain penyampaia­n sijil, majlis itu juga bertujuan menperting­katkan motivasi pelajar tingkatan enam semester satu dan semester tiga yang akan menduduki peperiksaa­n Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun ini.

Rozlanbang­gakeranaun­ittingkata­n enam telah berjaya menganjurk­an majlis julung kali itu di mana sebelum ini ia dikenali sebagai Majlis Tamat Tingkatan Enam sahaja sejak 2012.

Majlis itu dimeriahka­n dengan kehadiran ibu bapa pelajar yang datang dari berbagai tempat.

“Malah ada yang datang menaiki feri dari Pulau Banggi semata-mata untuk menyaksika­n anak-anak mereka menerima sijil pencapaian akademik,” katanya sambil berterima kasih kepada semua yang membantu menjayakan majlis itu.

Antara yang memain peranan menjayakan majlis itu adalah pentadbir sekolah iaitu Delilah Ahmad (PK Tingkatan Enam), Jota Magain (PK Pentadbira­n), Bidin Kenzin (PK Hem), Amiluddin Majuki (PK Ko-Kurikulum), Haris Afrain (KB Sains & Matematik), Thin Lee Ling (KB Teknik & Vokasional) dan Ustazah Lansian Marul (KB Kemanusiaa­n).

Turut terlibat adalah 18 orang guru akademik Tingkatan Enam iaitu Aini Maria Pea, Ester Souti, Fatmah Mujun, Guoh Shu Ling, Hamali Yusof, Justina Esther Gubud, Lo Bit Syen @Pamela, Majeni Abdul Sani, Noor Azni Abdul Aziz, Ramesh Kumar A/L Muniandy, Rosle Hajan, Siti Fadzilah Mohd Hashim, So Sui Gum, Teresa Zaratung, Wan Mohd Ab.Rashid Wan Yusoff dan Zuriani Mohd Ariffin.

 ??  ?? PELAJAR cemerlang Muhammad Zikri (tengah) bersama ibu bapanya.
PELAJAR cemerlang Muhammad Zikri (tengah) bersama ibu bapanya.
 ??  ?? GURU-guru akademik tingkatan enam bersama para penolong kanan dan pengetua SMK Kudat.
GURU-guru akademik tingkatan enam bersama para penolong kanan dan pengetua SMK Kudat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia