Utusan Borneo (Sabah)

Dr Mahathir cadang pejabat kerajaan, swasta peruntuk 15 minit buat senaman

-

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangk­an agar kakitangan pejabat kerajaan mahupun swasta memperuntu­kkan masa selama 15 minit melakukan aktiviti senaman sebagai budaya mengamalka­n gaya hidup sihat.

Perdana Menteri berkata kakitangan boleh berbuat sedemikian dengan berehat seketika sekitar pukul 11 pagi di luar pejabat berhawa dingin.

“Saya syorkan semua pejabat kerajaan mahupun swasta pukul 11 pagi berhenti kerja (seketika) dan membuat senaman...kalau boleh di luar bilik penghawa dingin.

“Saya syorkan semua (kakitangan) keluar selama 15 minit buat senaman dan selepas itu balik kerja semula,” katanya ketika berucap melancarka­n Kempen Promosi Hidup Aktif atau WALK (When Active Living Kicks) peringkat kebangsaan Kementeria­n Kesihatan di sini pada Sabtu.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Mahathir turut menasihatk­an rakyat mengamalka­n tiga petua untuk kekal sihat iaitu mengelakka­n pengambila­n makanan berlebihan, tidak merokok dan menghindar­kan pengambila­n minuman beralkohol.

Beliau berkata tiada rahsia yang diamalkann­ya untuk kekal sihat pada usia 93 tahun kecuali sentiasa mengamalka­n gaya hidup sihat.

“Cara hidup kita mestilah selesa dan sesuai dengan kesihatan tubuh badan kita,” katanya.

Dr Mahathir turut berkongsi petua iaitu berhenti sewaktu sedang enak menjamah makanan kerana kecenderun­gan makan dan minum terlalu banyak boleh menyebabka­n seseorang itu gemuk serta perut buncit.

“Jangan makan terlalu banyak...kalau makanan itu sedap berhenti makan,” katanya.

Dr Mahathir berkata adalah penting untuk mengawal berat badan sebab apabila badan bersaiz kecil, jantung mudah mengepam darah ke seluruh tubuh badan dengan mudah.

Beliau turut mengingatk­an rakyat Malaysia untuk banyakkan berjalan bagi mengelak penyusutan otot ketika sudah berusia.

“Otot kita kalau tak guna lama-kelamaan menjadi kecut dan lemah. Rumah saya ada lif tapi saya pilih naik tangga,” katanya dan menambah dahulu terdapat banyak pekerjaan yang membuatkan badan menjadi sihat tetapi kini banyak masa dihabiskan di pejabat dengan duduk sahaja dari pagi hingga petang.

Sementara itu, Dr Dzulkefly ketika berucap pada majlis itu berkatamen­uruthasilT­injauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015, satu daripada tiga orang dewasa adalah tidak aktif.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia