Utusan Borneo (Sabah)

Dr Mahathir tolak dakwaan

Bajet 2019 ciplak kerajaan dahulu

-

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan pembangkan­g kononnya Belanjawan 2019 yang dibentangk­an kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Jumaat menciplak apa yang dilakukan kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri berkata pembangkan­g boleh berkata apa sahaja, tetapi mereka tidak mempunyai kuasa.

“Dia (Ketua Pembangkan­g, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) boleh kata apa sahaja sebab (dia) tiada kuasa.

“Kita tak hutang berbilion-bilion ringgit,” katanya ditemui pemberita selepas merasmikan Kempen Hidup Aktif (WALK) di Oval Lawn Setia City Park di sini, pada Sabtu.

Hadir sama isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Mahathir mengulas kenyataan Ahmad Zahid bahawa Belanjawan 2019 tiada kelainan berbanding bajet yang dibentangk­an sebelum ini di mana kerajaan lebih menyentuh perkara yang tidak membawa ‘keajaiban besar’ untuk manfaat rakyat.

Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa pembentang­an Belanjawan 2019 meminggirk­an negeri di Pantai Timur, Dr Mahathir berkata, perkara itu tidak benar.

“Kita ada program khusus (untuk negeri di Pantai Timur),” katanya.

Tuan Ibrahim ketika mengulas Belanjawan 2019 berkata kerajaan PH langsung tidak menyentuh aspek pembanguna­n wilayah khususnya di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dikuasai pembangkan­g.-Bernama

Dia (Ketua Pembangkan­g, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) boleh kata apa sahaja sebab (dia) tiada kuasa.Kita tak hutang berbilion-bilion ringgit TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri

 ?? -Gambar Bernama ?? DR MAHATHIR (tiga, kanan) melakukan gimik pelancaran Kempen Gaya Hidup Aktif (WALK) 2018 di Setia Alam pada Sabtu. Turut hadir Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (empat, kanan) dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (lima, kanan).
-Gambar Bernama DR MAHATHIR (tiga, kanan) melakukan gimik pelancaran Kempen Gaya Hidup Aktif (WALK) 2018 di Setia Alam pada Sabtu. Turut hadir Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (empat, kanan) dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (lima, kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia