Utusan Borneo (Sabah)

Ruang udara HabsyahSom­alia dibuka selepas 40 tahun

Penerbanga­n komersial pertama di antara Addis Ababa dan Mogadishu beroperasi buat kali pertama

-

MOGADISHU: Sebuah syarikat penerbanga­n Habsyah kelmarin melakukan penerbanga­n komersial pertama di antara Addis Ababa dan Mogadishu dalam tempoh 41 tahun, dalam satu lagi petunjuk hubungan baik di antara negara jiran Tanduk Afrika Habsyah dan Somalia.

Sebuah pesawat milik syarikat penerbanga­n swasta Ethiopia National Airways mendarat di lapangan terbang Aden Adde di Mogadishu dan akan melakukan empat penerbanga­n setiap minggu, menurut pihak berkuasa.

“Ini adalah hari yang bersejarah buat kami ketika kami melancarka­n penerbanga­n secara terus ini di antara Addis Ababa dan Mogadishu.

“Ia tidak pernah mudah, kami telah cuba banyak kali namun akhirnya kami telah berjaya dan hari ini akhirnya tiba juga,” menurut pemilik syarikat penerbanga­n Abera Lemi dalam upacara di ibu negara.

Pada Julai lepas Ethiopian Airlines telah melancarka­n penerbanga­n pertama di antara Addis Ababa dan Eritrea dalam tempoh dua dekad proses damai yang tidak menentu di antara kedua-dua negara selepas satu konflik berdarah dan perang dingin berterusan.

Proses damai diketuai Perdana Menteri Abiy Ahmed yang muda dan reformis, diikuti kekecohan diplomasi di wilayah berkenaan yang turut melihat Somalia memperbaik­i hubungan dengan Eritrea dan satu tindakan bagi menamatkan ketegangan di antara Djibouti dan Eritrea.

Pada Jun lepas Abiy melakukan satu kunjungan ke Mogadishu di mana beliau dan Presiden Somali Mohamed Abdullahi Mohamed telah bersetuju untuk memperkuku­hkan hubungan.

Somalia dan Ethiopia telah terlibat dalam peperangan sebanyak beberapa kali melibatkan wilayah yang direbutkan.

Pada tahun 2006, Ethiopia telah menghantar pasukan tentera ke Somalia bagi memusnahka­n Kesatuan Mahkamah Islam yang telah merampas beberapa bahagian besar di negara termasuk Mogadishu.

Pakar pencegah keganasan menyatakan penaklukan ini mencetuska­n satu keganasan sepenuhnya oleh puak radikal Al-Shabaab di ICU, yang kemudian bersekutu dengan Al-Qaeda dan terus melakukan serangan maut.

Ethiopia menyokong kerajaan peralihan dan mempunyai pasukan tentera di Somalia sekarang telah membentuk sebahagian dari satu misi Kesatuan Afrika bagi menghalang Al-Shabaab. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? DATUK Bandar Mogadishu Abdirahman Omar Osman (tiga kiri) dan CEO of Ethiopian Airlines Abera Lemi (tiga kanan) kelmarin meraikan penerbanga­n komersial pertama menghubung­kan Addis Ababa dan Mogadishu. — Gambar AFP
DATUK Bandar Mogadishu Abdirahman Omar Osman (tiga kiri) dan CEO of Ethiopian Airlines Abera Lemi (tiga kanan) kelmarin meraikan penerbanga­n komersial pertama menghubung­kan Addis Ababa dan Mogadishu. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia