Utusan Borneo (Sabah)

Bursa Malaysia didagangka­n dalam kedudukan defensif

Faktor domestik dan luaran dijangka terus mempengaru­hi pasaran

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka didagangka­n dalam kedudukan defensif minggu ini dengan faktor domestik dan luaran terus mempengaru­hi pasaran, kata penganalis­is.

Ketua Penyelidik­an InterPacif­ic Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata pasaran tempatan akan bergantung kepada kedudukan penutupan pasaran AS pada Jumaat.

“Jika Dow Jones Industrial Average terus mengekalka­n pemulihann­ya malam ini (Jumaat), dan jika peningkata­n itu cukup tinggi, berkemungk­inan ini dapat menarik minat yang mencukupi untuk pelabur mengambil risiko.

“Namun jika pemulihan malam ini (Jumaat) tidak begitu meyakinkan, ini sudah pasti menyaksika­n lebih banyak jualan pada Isnin. Saya jangkakan para pelabur akan mengambil pendirian tunggu dan lihat apa yang berlaku dalam pasaran AS (pada penutupnya Jumaat),” katanya kepada Bernama.

Pong berkata pasaran kini menunggu pembentang­an Belanjawan 2019.

“Ada perbincang­an mengenai cadangan memperkena­l pelbagai cukai baharu bagi membersihk­an hutang kerajaan. Ini mewujudkan ketidakten­tuan dalam pasaran, sama ada pasaran melihatnya sebagai langkah yang menyukarka­n atau mungkin hanya peningkata­n yang kecil.

“Namun kebanyakan pelabur menunggu untuk melihat berapa banyak kenaikan hasil yang mahu dikumpul oleh kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Perdaganga­n OANDA bagi AsiaPasifi­k Stephen Innes berkata Jabatan Perbendaha­raan AS akan menyiarkan laporan mata wangnya pada hari Isnin, yang disebut-sebut bahawa mereka tidak akan mengklasif­ikasikan China sebagai manipulato­r mata wang.

“Ini boleh mengelakka­n krisis mata wang Asia, dan akan mengurangk­an tahap perang perdaganga­n AS-China. Kita akan peroleh sentimen yang lebih positif dengan syarat Presiden Trump tidak memainkan isu manipulasi mata wang,” katanya.

Innes berkata berita mengenai Belanjawan 2019 akan terus meningkat menjelang pembentang­annya pada 2 Nov, dan ini boleh mencetuska­n kebimbanga­n dalam kalangan pelabur.

Pada minggu yang baharu berakhir, Bursa Malaysia mengalami kedudukan yang tidak menentu, bermula dengan catatan lemah pada Isnin ekoran pulangan hasil bon kerajaan US yang tinggi serta pasaran China yang lemah selepas ‘Golden ‘Week’.

Kemerosota­n terus membelengg­u pasaran pada Rabu seiring kejatuhan di Wall Street susulan kebimbanga­n mengenai kenaikan kadar faedah, namun pasaran tempatan pulih pada Jumaat selepas aktiviti belian semasa harga rendah.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, penanda aras FBM KLCI ditutup 46.41 mata lebih rendah kepada 1,730.74.

Indeks FBM Emas susut 425.77 mata kepada 11,981.86, Indeks FBMT100 turun 405.01 mata kepada 11,809.62 manakala Indeks FBM Emas Shariah merosot 522.86 mata kepada 11,988.96.

FBM 70 merosot 819.03 mata kepada 13,860.09, manakala FBM Ace turun 222.04 mata kepada 5,008.02.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 183.5 mata kepada 17,528.62, Indeks Perladanga­n susut 70.63 mata kepada 7,411.80, dan Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian turun 5.40 mata kepada 171.60.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 10.15 bilion unit bernilai RM10.68 bilion berbanding 9.2 bilion unit bernilai RM9.18 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 6.71 bilion saham bernilai RM10.03 bilion berbanding 6.33 bilion saham bernilai RM8.49 bilion pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.90 bilion unit bernilai RM357.70 juta berbanding 1.64 bilion unit bernilai RM392.29 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.57 bilion saham bernilai RM289.37 juta berbanding 1.54 bilion saham bernilai RM297.83 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia