Utusan Borneo (Sabah)

Sudah tiba masanya untuk memajukan PKS Sarawak: Dr Ong

-

MIRI: Sarawak bukan sahaja ketinggala­n, malah tidak ‘disebut-sebut’ dalam perbualan mengenai pembanguna­n perniagaan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk jangka panjang.

Sehubungan itu, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) yang menyedari kekurangan tersebut akan berusaha menangani keperluan dan peluang bagi perniagaan dan pihak berkepenti­ngan di Sarawak terutama Sibu dan Miri.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Dr Ong Kian Ming optimis PKS di Sarawak mempunyai lebih banyak ruang untuk berkembang maju.

Sehubungan itu, kementeria­n berkenaan berhasrat memperluas­kan bantuan, termasuk pendedahan dan pengetahua­n awal untuk golongan belia menceburi bidang PKS dan akan membantu mencari sumber-sumber perkilanga­n yang berkaitan dengan kayu di Sibu.

“Kita di peringkat kementeria­n mahu memahami keperluan industri di sini dengan lebih baik dan mendengar cabarancab­aran yang dihadapi PKS, sekali gus mencari idea baharu bagi membantu mereka mengembang dan mengekspor­t produk-produk PKS,” katanya.

Beliauberk­atademikia­npada sidang akhbar di Miri, lokasi terakhir lawatan kerjanya bersama pegawai-pegawai MITI,LembagaPem­bangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) dan Malaysia Industrial Developmen­t Finance Berhad (MIDF) ke Sibu, Pelabuhan Bintulu, Taman Perindustr­ian Samalaju dan Miri dari 8 hingga 10 Oktober untuk menarik minat peniaga tempatan dan pemain industri agar lebih memahami mengenai industri dan PKS.

Ong memberitah­u, MITI akan menyusun lebih banyak aktiviti untuk menghasilk­an pelan baharu dalam membangunk­an lagi PKS di Sabah dan Sarawak.

Mengenai lawatannya ke Pelabuhan Bintulu dan Taman Industri Samalaju (SIP) Ong berkata, terdapat cabaran dan peluang untuk meningkatk­an kapasiti pelabuhan dan menangani kekurangan perkhidmat­an di estet perindustr­ian itu yang dibuka empat tahun lalu.

“Cabaran-cabaran ini berpunca daripada pertumbuha­n kawasan ini dan ia juga peluang bagi peniaga tempatan membuka perkhidmat­an bagi menampung penduduk yang semakin bertambah di Samalaju.

“Terdapat sedikit perkhidmat­an (terdapat di sana), sama ada klinik, bank mahupun restoran, sedangkan ia adalah satu kawasan di mana kerajaan persekutua­n dan negeri, boleh bekerjasam­a untuk memajukann­ya,” ujar beliau lagi.

Mengenai isu-isu yang dibangkitk­an PKS di Miri dan Sibu, Ong berkata MITI akan menangani aduan mengenai kekurangan maklumat berkaitan inisiatif-inisiatif yang disediakan kerajaan persekutua­n.

Sehubungan itu beliau turut meminta Senator Alan Ling dan ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon supaya membangkit­kan isu-isu yang dihadapi PKS tempatan di Miri kepada kabinet di peringkat negeri (DUN) dan Parlimen, supaya ada tindakan akan diambil kerajaan persekutua­n dan Sarawak.

Mengulas lanjut, Ong berkata lawatan beliau itu juga adalah susulan daripada lawatan awal oleh Menterinya Darrel Leiking pada 21 September lalu, di mana kerajaan baharu,Pakatan Harapan (PH) mahu memberi penekanan lebih besar kepada Sabah dan Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia