Utusan Borneo (Sabah)

Willem Dafoe sebagai Van Gogh dalam ‘At Eternity’s Gate’

- Oleh Fiachra Gibbons

KETIKA Willem Dafoe bersiap sedia untuk membawa watak Vincent Van Gogh dalam sebuah filem baharu tentang pelukis yang terkenal kerana kehidupann­ya yang terseksa itu, dia membuat sesuatu yang akan memberi mimpi ngeri kepada kurator muzium selama bertahun-tahun akan datang.

Dia membelek sebuah buku lakaran “yang hilang” milik artis itu dari kehidupann­ya di Arles, apabila pengarah filem itu – pelukis Amerika yang ranggi, Julian Schnabel – melihatnya seperti seorang manusia yang kerasukan.

“Kami memakai sarung tangan putih dan sebagainya,” kata Dafoe kepada AFP, “dan kami dengan lemah lembut meninjauny­a dengan meneliti lukisan. Kemudian pada satu ketika, Julian mencengkam tangan saya dan menghempap­nya di atas salah satu lakaran.

“Ia seperti sesuatu dari filem ‘The Exorcist’,” kata pelakon itu.

“Dia memaksa transmisi – satu hubungan di antara saya dengan Van Gogh – dan saya rasa ia berkesan.”

Pengkritik di Festival Filem Venice bersetuju, kerana Dafoe adalah calon pilihan awal untuk memenangi hadiah pelakon terbaik selepas ‘At Eternity’s

Gate’ mengadakan tayangan perdana di festival itu.

Sementara keaslian buku lakaran itu dipertikai­kan – Muzium Van Gogh dan dua pakar utama mengenai pelukis itu sedang berperang berhubung isu itu – Dafoe percaya ia adalah tulen.

Dia dan Schnabel yang sering berubah-ubah – seorang pelukis ‘neoexpress­ionist’ yang masyhur dan paling terkenal kerana lukisan-lukisan pinggan pecahnya yang besar – berada dalam keadaan yang biasa bagi mereka dengan menangani kemarahan yang mendorong dan kadang-kadang menghantui pelukis-pelukis hebat.

Dafoe terpaksa bergelut dengan perkara-perkara yang menghantui pengarah hebat dari Itali, Paolo Pasolini, dalam filem arahan Abel Ferrara pada 2014 ‘Pasolini’.

Schnabel turut membawa kehidupan rakan lamanya yang terseksa dalam dunia kesenian di New York, Jean Michel Basquiat, ke skrin besar dalam ‘Basquiat’.

- ‘Ia hebat sama sekali!’ Dalam

filem itu, pelukis tersebut – yang menerima empat pencalonan Oscar untuk ‘The Diving Bell

and the Butterfly’ – tidak berundur daripada neraka yang dialami Basquiat sebelum kematian awalnya akibat pengambila­n heroin yang berlebihan.

Namun Dafoe berkata filem Van Gogh adalah lebih daripada sekadar sebuah biopik.

“Saya benci untuk menjadi ketua penyorak bagi filem saya sendiri tetapi ini agak radikal dan emosional, ia tidak konvension­al sama sekali.

“Ia bukan sebuah filem anugerah” yang dibuat dengan sebelah mata mengintai anugerah Oscar.

“Ia adalah mengenai lukisan, ia adalah mengenai menjadi seorang pelukis, ia adalah mengenai alam semula jadi dan kerohanian kerana Van Gogh mahu menjadi seorang pastor sebelum dia menjadi seorang pelukis. Dia berpendapa­t Al-Kitab adalah buku paling hebat pernah ditulis,” ujar Dafoe.

“Lukisan adalah sesuatu yang Julian amat kenali

– di sinilah dua minat mendalamny­a bersatu: lukisan dan pembikinan filem.”

“Saya melukis, Julian melukis, Van Gogh melukis,” isytihar Dafoe sambil ketawa – “Ia hebat sama sekali!

“Ia mengejutka­n berapa kerap saya melukis di dalamnya. Julian mengajar saya bagaimana untuk melukis dan kemudian kami melukis bersama-sama dalam gaya Van Gogh.

“Anda fikir ‘Sejauh manakah melukis itu menarik?’ Namun jika anda pernah berada dalam studio bersama seseorang seperti Julian, ia adalah indah untuk dilihat.”

“Saya mengalami perubahan dalam cara saya melihat dan perhubunga­n saya dengan alam semula jadi menerusi watak Van Gogh dan membaca apa yang dia tulis,” katanya.

- ‘Saya rasa dekat dengan Van Gogh’ Dafoe,

yang mula-mula belajar untuk melukis tiga dekad lalu bagi ‘To Live and Die in L.A.’, apabila dia berlakon sebagai seorang pemalsu karya seni, berkata penggambar­an di kawasan lapang sekitar Arles dan di rumah sakit jiwa di Saint-Remy di mana Van Gogh menulis bahawa “kita sentiasa mendengar jeritan dan lolongan seakanakan daripada koleksi haiwan liar”, membuat bulu romanya meremang.

“Saya rasa dekat dengannya,” kata pelakon itu, yang menakutkan kerana kelihatan seperti pelukis itu di atas skrin.

Tidak seperti filem lain mengenai

Van Gogh seperti filem klasik pada 1956

‘Lust for

Life’ yang dibintangi Kirk Douglas, Dafoe berkata filem baharu itu mengelak “filem-filem hit paling hebat” seperti ‘Sunflowers’ atau menggambar­kannya memotong telinganya apabila dia bergaduh dengan Gauguin.

“Namun dalam sebahagian filem itu, dia tidak ada telinga. Kita tidak menjauhkan diri daripada apa yang dia buat kepada diri sendiri.”

“Ia memberi fokus kepada penghujung hayat Van Gogh dan bermula sejurus sebelum dia berjumpa dengan Gauguin dan dia pergi ke Arles,” katanya.

“Kami membuat penggambar­an di sana dan di Paris dan di Auvers-surOise”, di mana Van Gogh menembak diri sendiri – namun filem

itu menggunaka­n teori kontrovers­i bahawa dia terbunuh selepas dia bergelut dengan beberapa belia tempatan.

Dengan membuat penggambar­an di begitu banyak lokasi sebenar seperti Saint-Remy, “yang mana sebahagian­nya masih sebuah hospital, kami mengusik hantunya”, kata Dafoe, yang tidak dapat memenangi anugerah Oscar bagi pelakon terbaik untuk ‘Florida Project’ pada tahun lepas.

“Saya tidak pernah memikirkan tentang mana-mana orang lain untuk membawa watak Van Gogh,” kata Schnabel kepada pemberita di Venice.

“Dia memiliki pengetahua­n yang begitu mendalam. Mempunyain­ya bersama saya di set penggambar­an adalah sekutu terbaik yang saya dapat miliki.”

— AFP

 ??  ??
 ?? -Gambar AFP ?? DARI kiri; Anne Consigny, Mads Mikkelsen, Lolita Chammah, Jean-Claude Carriere, Julian Schnabel, Vladimir Consigny, Willem Dafoe dan Emmanuelle Seigner.
-Gambar AFP DARI kiri; Anne Consigny, Mads Mikkelsen, Lolita Chammah, Jean-Claude Carriere, Julian Schnabel, Vladimir Consigny, Willem Dafoe dan Emmanuelle Seigner.
 ??  ?? JULIAN SCHNABEL & WILLEM DAFOE
JULIAN SCHNABEL & WILLEM DAFOE
 ??  ?? WILLEM DAFOE
WILLEM DAFOE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia