Utusan Borneo (Sabah)

Transforma­si pembelajar­an

SMKM anjur Pameran Kreativiti dan Inovasi

-

LABUAN: Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara( SMKM) sekali lagi menganjurk­an Pameran Kreativiti dan Inovasi dan Seminar Pengajaran Bahasa Inggeris bertemakan ‘Mentransfo­rmasi Pembelajar­an dan Pengajaran Abad ke-21’ di Labuan Internatio­nal School pada Sabtu.

The 3rd Internatio­nal Creativity and Innovation Exhibition & Language Teaching Seminar atau ringkasnya 3rd CAIELTS 2018 itu adalah inisiatif Guru Kanan Bidang Kreativiti dan Inovasi SMK Mutiara Dr Hyginus Lester Junior Lee dan Panitia Bahasa Inggeris yang diketuai oleh Debbbie Lawrence.

Program itu mendapat sokongan Unit Bahasa, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Mutiara.

Antara pembentang tahun ini ialah Dr Tam Suet Yet dari English Language Teaching Centre, Negeri Sembilan dan Sally Ann Scott dari Labuan English Academy.

Turut membentang kertas kajian ialah Hyginus (Ikon Guru Kebangsaan) yang menyentuh tentang efikasi guru, keberkesan­an pengajaran dan pencapaian akademik bahasa Inggeris dalam kalangan 3,493 pelajar yang dikaji.

Ikon Guru Labuan Samih Kukung turut membentang­kan kertas kerja keberkesan­an modul membaca dan inovasi ReCO Smart Board.

Program tahunun SMK Mutiara itu berjaya menarik 11 pembentang kertas kerja dari Britain, Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Labuan manakala pameran kreativiti dan inovasi telah disertai oleh 26 pengendali pameran dari Sabah dan Labuan.

Majlis pembukaan telah dihadiri oleh Penolong Pengarah Unit Bahasa, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Amiah Bua.

Beliau menggalakk­an warga pendidik untuk terus berusaha memartabat­kan bahasa Melayu dan memperkuku­hkan pengusaan bahasa Inggeris serta sentiasa mencari idea baharu untuk menarik minat pelajar dalam menimba ilmu dalam arus teknologi masa kini.

Pada majlis itu, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutua­n Labuan Mimie Duasah telah dianugerah­kan Tokoh Inovasi Perpaduan dalam usaha beliau menyatupad­ukan warga Labuan melalui program kreativiti dan inovasi dalam kalangan Rukun Tetangga.

Turut menerima anugerah ialah Pengetua SMK Mutiara Louren Abon untuk Inovasi Pengurusan Pentadbira­n dan Hyginus untuk bidang penyelidik­an inovasi.

Sijil penghargaa­n itu telah mendapat sokongan dan perkenan Pejabat Ahli Parlimen Labuan.

Majlis perasmian penutupan pula telah disempurna­kan oleh Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling Sabdin Japarudin, yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada pembentang dan peserta pameran kerana telah memberi sumbangan dalam bidang intelek kepada pembanguna­n pendidikan.

Beliau juga menyaranka­n agar warga pendidik tidak berputus asa dalam mendidik anak bangsa.

“Warga pendidik perlu terus berusaha dengan gigih mendidik anak bangsa agar mereka mampu berbakti kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.

Penganjur turut memberi pengiktira­fan kepada dua pembentang terbaik iaitu Chin Tsuey Wei dan Dr Tam Suet Yet.

Empat produk inovasi terbaik telah memenangi anugerah kreativiti dan inovasi, antara pemenangny­a ialah Samih (SK Lubok Temiang, Labuan: ReCo Smart Board), Olivia Geraldine Lazaroo (SM La Salle, Kota Kinabalu), Felicia Dorothea Jeffery Ajang dan Mary Bong (SMK Mutiara: Smart Fan), dan Kumpulan Karisma yang diketuai oleh Junaidah Baharuddin (SMK Mutiara: Sistem e-Merit Mutiara, SeMMut).

Louren merakamkan penghargaa­n kepada Jabatan Pendidikan Labuan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru kerana menyokong program tahunan itu.

“Terima kasih kepada AJK pengelola program yang berjaya merealisas­ikan harapan kita untuk memartabat­kan pendidikan di Wilayah Persekutua­n Labuan. Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada program anjuran SMK Mutiara itu,” katanya.

 ??  ?? SABDIN (duduk, tiga kiri) bersama AJK pengelola seminar.
SABDIN (duduk, tiga kiri) bersama AJK pengelola seminar.
 ??  ?? AMIAH (tengah) bersama AJK pengelola pameran.
AMIAH (tengah) bersama AJK pengelola pameran.
 ??  ?? HYGINUS (kiri) menerima sijil disampaika­n Sabdin.
HYGINUS (kiri) menerima sijil disampaika­n Sabdin.
 ??  ?? FELICIA dan Mary menjelaska­n inovasi Smart Fan.
FELICIA dan Mary menjelaska­n inovasi Smart Fan.
 ??  ?? KUMPULAN Karisma SMK Mutiara pemenang Anugerah Pilihan Hakim menerima anugerah disampaika­n Sabdin.
KUMPULAN Karisma SMK Mutiara pemenang Anugerah Pilihan Hakim menerima anugerah disampaika­n Sabdin.
 ??  ?? SALLY Ann Scott berkongsi amalan terbaik.
SALLY Ann Scott berkongsi amalan terbaik.
 ??  ?? CHIN Tsuey Wei (kiri) menerima anugerah pembentang terbaik disampaika­n Sabdin.
CHIN Tsuey Wei (kiri) menerima anugerah pembentang terbaik disampaika­n Sabdin.
 ??  ?? SITI Zaharah berkongsi amalan terbaik.
SITI Zaharah berkongsi amalan terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia