Utusan Borneo (Sabah)

Kemudahan asas destinasi pelanconga­n di Weston perlu dinaik taraf

- Oleh YAP SIONG HAN

BEAUFORT: Kemudahan prasarana beberapa destinasi pelanconga­n di Weston perlu diberikan perhatian sewajarnya untuk dinaik taraf demi keselesaan pelancong.

Mantan Calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Parlimen Sipitang Noor Hayaty Mustapha berkata, usaha itu perlu dilaksanak­an bagi memberikan gambaran baik kepada pelancong bahawa masyarakat benarbenar menerima kunjungan mereka ke sana.

“Sekurang-kurangnya lebih 500 pengunjung datang ke Pekan Weston setiap hari. Mereka datang untuk menikmati keindahan alam semula jadi paya bakau di negeri ini yang mungkin berlainan daripada negara asal mereka.

“Oleh itu, kemudahaan pelancong seperti jeti untuk menaiki bot perlulah sentiasa selamat dan selesa,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, setelah melawat beberapa destinasi pelanconga­n di pekan itu, usaha penambahba­ikan kemudahan asas perlu disegeraka­n memandangk­an jumlah pelancong semakin hari semakin bertambah pada musim-musim tertentu.

“Saya akan mengajukan perkara ini kepada pihak pihak berkaitan untuk melihat kemudahan pelancong ini dapat disegeraka­n.

“Sekiranya perkara ini perlu dirujuk kepada pihak Kementeria­n Pelanconga­n Malaysia, saya akan usahakan,” katanya.

Menurutnya, Pekan Weston adalah salah satu destinasi pilihan pelancong luar negara di negeri ini kerana terdapat hidupan liar yang banyak di sekitar kawasan paya bakau seperti monyet proboscis atau monyet belanda. Begitu juga dengan kelip-kelip yang memenuhi pokok apabila menjelang malam.

Sementara itu, seorang pengusaha restoran pelanconga­n di kawasan itu, Simon Voo Chee Shung memberitah­u jeti yang sedia ada kini dilihat tidak mampu menampung jumlah ketibaan pelancong yang ramai dalam satu-satu masa malah kurang sesuai apabila air sungai mulai surut.

Katanya, jarak antara bot pelancong dan tangga agak berselisih. Satu jeti khas bagi mengatasi masalah itu yang mampu memberi keselesaan pelancong perlu ada.

Sementara, penduduk kampung Dayang Anijah Bongsu berkata pekan itu memerlukan satu jeti pelancong yang lebih fleksibel dan selesa apabila ait pasang surut.

“Malah jeti ini turut dapat digunakan oleh penduduk sekitar sini bagi urusan seharian. Kita berharap pihak kerajaan melalui Kementeria­n Pelanconga­n Malaysia dapat memberi perhatian kepada perkara ini,” katanya.

 ??  ?? JETI yang dibina sendiri penduduk kampung dahulunya digunakan pelancong kini sudah rosak dan memerlukan perhatian segera.
JETI yang dibina sendiri penduduk kampung dahulunya digunakan pelancong kini sudah rosak dan memerlukan perhatian segera.
 ??  ?? NOOR HAYATY
NOOR HAYATY
 ??  ?? SIMON
SIMON
 ??  ?? DAYANG ANIJAH
DAYANG ANIJAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia