Utusan Borneo (Sabah)

Jamal Adam ‘connoissur­e’ rombengan sejati Sabah

-

ENGUMPUL dan menyimpan barangan lama atau bertaraf vintage dan antik adalah minat serta lumrah manusia. Kadangkala menyimpan barangan tersebut mendatangk­an kesan terapi kepada sesetengah pengumpul, penghayat, peraih dan pembeli.

Ada juga aktiviti mengumpul dan menyimpan barang lama atau terpakai itu berkaitan dengan status, walau bagaimanap­un budaya mengumpul barangan terpakai sudah menjadi satu cara hidup dan trend pada masa kini sejak mula ia muncul dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Seperti sedia maklum, peperangan yang besar berlaku di negara jiran Vietnam membawa beberapa implikasi terhadap cara hidup yang terpaksa diharungi oleh ramai orang di Asia Tenggara pada tahun 1960an , semasa perang saudara Vietnam Utara dan Selatan di mana terdapat ramai rakyat jelata yang terkorban dan juga mengalami kesengasar­aan.

Namun kesusahan tersebut mendapat simpati rakyat Amerika dan negara lain yang tidak setuju dengan peperangan berkenaan. Oleh sebab itu banyak pertubuhan sukarela dan NGO menghantar bantuan dalam bentuk pakaian, makanan dan wang ringgit.

Namun begitu pakaian yang dikumpulka­n untuk dihantar kepada mangsa perang tersebut kadangkala dijual melalui proses lelong bagi menampung perbelanja­an ubatan dan sebagainya untuk membantu pelarian. Maka pakaian dalam bungkusan yang besar atau dipanggil “bundle” biasanya akan dilelong dan dan dihantar ke negara yang berdekatan untuk dijadikan jualan yang berpatutan dengan harganya dan juga kualiti yang tinggi.

Seperti biasa pakaian yang baik bercampur di dalam bungkusan pakaian yang biasa, oleh itu peraih

bundle kadangkala mengadu nasib ada yang mendapat pakaian yang masih baik dan jenama yang terkenal. Biasanya dalam bungkusan tersebut kadangkala terdapat barangan seperti pakaian, kasut, topi yang berjenama tidak pernah dipakai kerana terdapat juga syarikat yang menghulur derma dari jualan yang sudah luput fesyennya atau masa jualannya.

Oleh sebab itu modus operandi penjualan pakaian

bundle atau rombengan ini mempunyai sistemnya tersendiri. Biasanya pakaian tersebut memasuki negara melalui pelabuhan serupa dengan kaedah sistem import barangan yang berlaku di mana-mana. Pasar bundle atau rombengan dalam bahasa Indonesia, Car Booth Sale jika di London, Garage Sale di Amerika, Marche

aux puces di Perancis adalah mempunyai matlamat yang sama iaitu memasarkan barangan terpakai, barang yang boleh dikitar semula dalam keadaan baik , pakaian yang berjenama, vintage, antik, designers choice dan sebagainya.

Barangan itu dipasarkan secara santai sama ada dari dalam dan luar negara yang sudah dipakai atau fesyennya sudah tidak releven dalam arus perdana lagi. Biasanya terdapat peraih rombengan serta pengumpul atau kolektor namun di antara mereka terdapat kumpulan yang terkenal sebagai pakar, penilai dan pemerhati mutu dalam pasaran bundle dan boleh dianggap sebagai

Connoissur­e iaitu mereka yang pakar, mempunyai kemahiran meneliti dan menghayati pakaian lama yang bertaraf vintage klasik atau antic.

Saya bertemu dengan sahabat yang meminati pakaian vintage yang juga mengumpul barang rombengan dan kepakarann­ya dalam memilih barangan tersebut boleh dianggap sebagai

Connoissur­e. Beliau sentiasa meneliti dan memerhati setiap pasar bundle untuk mencari barang atau pakaian yang dianggap vintage dan berkualiti menurut fesyennya, berjenama asli atau designers choice.

Berasal dari Lahad Datu berumur dalam lingkungan akhir tiga puluhan, saudara Jamal Adam atau lebih dikenali dengan panggilan Cokey sudah lama berkecimpu­ng dalam urus niaga rombengan atau bundle ini sejak beliau bekerja di Kuala Lumpur. Minat memakai pakaian yang berjenama adalah idaman anak muda pada masa itu, oleh sebab itu beliau sangat minat mengumpul pakaian seperti Donna Karan New York (DKNY), Versace, Fendi, Louis Vitton, Adidas,Umbro, Hartley Davidson dan sebagainya. Oleh kerana masa itu pendapatan tidak lumayan maka jawapan yang terbaik adalah mencari pakaian berjenama dengan membeli di pasar barang terpakai. Setiap masa yang terluang beliau sentiasa menyusur lorong lorong utama di Kuala Lumpur mencari dan mengenal pasti lokasi peniaga yang menjaja pakaian terpakai.

Minat beliau semakin mendalam apabila beliau menemui khazanah yang berharga di dalam ribuan pakaian yang terpakai umpamanya baju Polo yang mula-mula dikeluarka­n dalam pasaran, topi ‘Baretta’ yang berbagai jenama, kasut Adidas keluaran pertama di Malaysia dan sebagainya.

Pada 2010, sekembalin­ya beliau di Kota Kinabalu mulai mendalami pakaian

vintage dan minat tersebut disokong pula oleh teman sekampung yang aktif dalam blog pakaian vintage tempatan dan antarabang­sa.

Justeru itu mengenali pakaian yang berkualiti dan berjenama kadangkala memerlukan ilmu dan informasi terkini dan disebabkan itu beliau membuat rujukan melalui blog media sosial, majalah, buku dan melalui pergaulan dengan kawan peraih dan pengumpul.

Pendek kata mencari bahan berjenama di pasaran rombengan ini perlu mempunyai jaringan serta pakatan antara peniaga

bundle di mana sahaja berada lebih-lebih lagi seseorang pakar perlu mengesan apabila dibuka bungkusan yang sudah dibida kadangkala peraih tidak mengetahui apa yang terdapat di dalamnya. Namun dari mata seorang

connoissur­e, mengenal pasti itu bukanlah nasib sematamata tetapi melalui ilmu.

Kejutan seperti ini sangat mengujakan pembida dalam lelongan barangan terpakai

dari pembekal luar negara selalunya dari Amerika, Hong Kong, Australia dan Jepun. Kewujudan pasaran tamu seperti yang terdapat di seluruh dunia mempunyai persaingan yang sengit jadi pembida perlu cepat untuk mendapat pakaian yang trendy.

Pada hari ini ramai peminat pakaian terpakai terutamany­a di bandar bandar utama negeri Sabah seperti Kota Kinabalu, Putatan, Sandakan, Tawau dan sebagainya. Kemasukan barangan rombengan ini tidak merumitkan terutama apabila negeri Sabah mempunyai pelabuhan berbagai saiz di merata tempat maka barangan import senang memasuki negeri ini. Peminat pakaian lama bukan sahaja terdiri di kalangan masyarakat tempatan bahkan pelancong luar negara juga bersesak membanjiri pasar rombengan umpama lubuk ikan.

Justeru itu dengan lambakan barangan dan pakaian di negeri Sabah Jamal sentiasa memerhati dan mengumpul barangan yang berkualiti dan berjenama hampir setiap minggu. Barangan yang didapati akan disimpan di kediamanny­a di kawasan Kota Kinabalu dan Lahad Datu tetapi bukan untuk dijual tetapi disimpan dan dinikmati melalui memakai dan menjadi bahan bualan dengan sahabat beliau di hujung minggu.

Mengumpul dan menghayati barangan yang menarik adalah sifat semulajadi manusia maka begitu juga halnya dengan Jamal Cokey. Untuk meluaskan lagi pencarian kini beliau memiliki syarikat sendiri yang diberi nama Cokey Bundle mengambil nama timangan di kampung iaitu Cokei.

Sebagai Setiausaha Persatuan Pengusaha Pakaian Terpakai Sabah, beliau sangat prihatin terhadap kualiti barang terpakai dalam pasaran dan tidak ingin melihat peminat

bundle tertipu dengan kualiti dan mutu pakaian yang mereka beli.

Untuk tujuan tersebut beliau selalu mengambil bahagian dalam festivalfe­stival vintage yang diadakan di Kota Kinabalu, Semporna dan juga diadakan di bandar- bandar utama di negeri Sabah misalnya Pesta Bundle di Laman Seni, Pesta Kaamatan, Hari Kemerdekaa­n dan sebagainya.

Sebelum penulis beredar meninggalk­an saudara Jamal di kediamanny­a beliau berbisik kepada penulis bahawa pengumpul barang terpakai ini kadangkala mendapat ganjaran yang lumayan. Beliau sendiri mengaku setakat ini memiliki hampir seribu helai baju berbagai jenama dan lebih kurang lima ratus helai seluar tidak termasuk barang dan objek dekoratif (kitch) tahun enam puluhan dan tujuh puluhan zaman pop yeah- yeah dan The Beatles.

Setelah melihat dengan sendiri usaha seorang

Connoisseu­r, penulis merasakan mengumpul tidak semestinya banyak tetapi biar berkualiti kerana peminat lebih tertarik kepada mutu serta harga yang berpatutan.

Oleh sebab itu penulis berharap pilihan Jamal Cokey menjadikan peraih dan pengumpul barang terpakai sebagai hobi dapat memberikan inspirasi kepada anak muda yang ingin memperluas­kan penerokaan dalam bidang karier mereka satu hari nanti.

***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ?? PENULIS bersama Jamal Adam alias Chokey.
PENULIS bersama Jamal Adam alias Chokey.
 ??  ?? JAMAL ADAM
JAMAL ADAM
 ??  ?? JAMAL sedang meneliti majalah bola sepak yang lama.
JAMAL sedang meneliti majalah bola sepak yang lama.
 ?? DR BAHARUDDIN MOHD ARUS ?? M
DR BAHARUDDIN MOHD ARUS M
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia