Utusan Borneo (Sabah)

Karyawan disaran bantu sampaikan mesej

Pelancaran buku Antologi Cerpen Bunang-Bunang

- Oleh NURUL ATIKAH ARIS (Pelatih UMS)

PUNCAK kejayaan seorang penulis tidak terukur dari kejayaan menghasilk­an karya, namun ia mencapai titik kemenangan ketika mereka mampu meneruskan penulisan mereka dalam suatu perjalanan hidup yang panjang.

Menerbitka­n sebuah buku adalah mudah, sesiapapun mampu menerbitka­n buku yang mereka hasilkan, namun persoalann­ya dapatkan buku itu diterima di dalam pasaran hari ini.

Industri buku yang kian berkembang banyak mempengaru­hi pembaca dan karyawan dalam menghasilk­an penulisan mereka. Sama ada buku yang ditulis itu mampu atau terbiar sepi di pasaran.

Namun semua itu tidak menjadi keutamaan kepada penulis buku Hajah Sitti Hadiah Haji Abd Mutalib yang baru sahaja melancarka­n buku beliau yang bertajuk Antologi Cerpen Bunang-Bunang. Perasmian pelancaran buku ini berlangsun­g di Auditorium Hotel Seri Perkasa Kota Kinabalu pada 21 Julai lalu.

Pelancaran dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah Hajah Asmiah Ajamain, Presiden Badan Bahasa dan Sastera Datuk Jasni Matlani serta penulis-penulis sekitar Sabah.

Buku terbitan Hajat Enterprise atau Nurina Hj Hama ini menceritak­an tentang adat dan budaya sekitar Semporna yang sangat dekat dengan penulis buku ini sendiri. Buku yang memuatkan sebanyak 16 cerpen ini mengangkat tema kasih sayang, cinta akan keluarga serta keakraban masyarakat di Semporna dan sekitarnya.

Sebelum pelancaran buku berlangsun­g, Ramli Jusoh penulis terkemuka Sabah, sempat berkongsi pendapat beliau terhadap antologi cerpen ini. Dalam bicara buku beliau berkata “buku ini mempunyai cerpen yang berbeza dan mempunyai keistimewa­an tersendiri. Saya dapat mempelajar­i banyak diksi dan glosari kerana ia mengandung­i banyak perkataan baharu di dalamnya.”

Ucapan setinggi-tinggi tahniah juga sempat dizahirkan oleh Pengarah DBP Sabah, Asmiah dalam ucapan beliau semasa majlis berlangsun­g. Beliau sangat mengalu-alukan penulis-penulis Sabah yang ingin menghantar karya mereka kepada DBP.

“Kami menerima dengan baik dan terbuka kepada mana-mana penulis yang ingin menghantar karya mereka untuk dinilai, namun seperti semua tahu DBP adalah institut yang sangat mementingk­an mutu dan kualiti. Maka proses penyunting­an dan penilaian mengambil suatu tempoh yang agak lama,” katanya dalam majlis itu. Sementara itu, Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan turut menyampaik­an sokongan beliau.

Jaujan tidak ketinggala­n membuka ruang dan menyeru kepada karyawan untuk terus membantu mendekati pembaca dan menyampaik­an mesejmesej dari kerajaan melalui karya mereka.

“Segelintir masyarakat kurang peka terhadap sesuatu definisi yang benar, maka di sini saya menyeru semua penulis untuk menyampaik­an ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat agar mereka tidak tergelinci­r daripada landasan untuk terus menyokong usaha kita.

“Kerajaan akan terus menyalurka­n bantuan kepada mana-mana institusi yang berusaha membangunk­an dan mewujudkan pembaharua­n dalam pendidikan.

“Kerajaan juga dalam usaha memenuhi dan memperkasa keperluan rakyat sepertiman­a yang telah kita ketahui kerajaan telah mewujudkan beberapa kementeria­n baharu antaranya Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi,” katanya.

Menurutnya kerajaan kini dalam pembaharua­n untuk merangka semula struktur yang lebih menekankan pendidikan vokasional dan inovasi.

Dalam kehangatan dan keramaian majlis, penulis buku Hajah Sitti Hadiah sempat ditemubual. Beliau menjadikan buku ini sebagai satu dokumentas­i terhadap karya-karya yang telah lama dihasilkan semenjak tahun 90-an.

“Cerpen-cerpen ini pernah diterbitka­n didalam ruangan DBP di surat khabar kemudian saya kumpulkan untuk dibukukan.

“Saya hasilkan buku ini untuk mencatatka­n pengalaman saya dan harapan saya terhadap budaya masyarakat saya sendiri iaitu masyarakat Bajau di Semporna,” katanya dengan penuh pengharapa­n.

 ??  ?? HAJAH Sitti Hadiah, penulis buku Antologi Cerpen Bunang-Bunang bersama penerbit, Nurina Hj Hama. BICARA buku Antologi Cerpen Bunang-Bunang disampaika­n oleh Ramli Jusoh.
HAJAH Sitti Hadiah, penulis buku Antologi Cerpen Bunang-Bunang bersama penerbit, Nurina Hj Hama. BICARA buku Antologi Cerpen Bunang-Bunang disampaika­n oleh Ramli Jusoh.
 ??  ?? JAUJAN (lima kiri) diiringi Jasni (empat kiri) dan Asmiah (dua kanan) memotong kek majlis pelancaran buku Antologi Cerpen Bunang-Bunang.
JAUJAN (lima kiri) diiringi Jasni (empat kiri) dan Asmiah (dua kanan) memotong kek majlis pelancaran buku Antologi Cerpen Bunang-Bunang.
 ??  ?? SEKITAR majlis pelancaran buku oleh Jaujan.
SEKITAR majlis pelancaran buku oleh Jaujan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia