Utusan Borneo (Sabah)

Ibubapa perlu pastikan

Kemajuan teknologi komunikasi tidak disalahgun­akan oleh anak-anak

- Oleh YAP SIONG HAN

TUARAN: Teknologi komunikasi yangki ni semakin maju adalah pelengkap kepada akses dunia tanpa sempadan namun kemudahan itu dilihat disalahgun­akan oleh golongan muda sehingga mewujudkan masalah sosial yang negatif.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) bukan sekadar mengenai teknologi dan perniagaan tetapi melibatkan masyarakat.

“Oleh itu, pemodenan teknologi media dan komunikasi melalui internet pelbagai benda sedikit sebanyak menjadi cabaran kepada institusi keluarga yang konvension­al.

“Kemajuan yang dicapai itu mengundang kepada gejala yang negatif seperti masalah kerapuhan dan keruntuhan institusi keluarga disebabkan kurangnya jati diri.

“Gejala sumbang mahram, penderaan anak, keganasan rumah tangga, seks sebelum nikah, dan menonton video lucah amat membimbang­kan kebelakang­an ini,” katanya ketika merasmikan Seminar Sekeluarga Tolak Pornografi (SToP), di sini pada Ahad.

Beliau berkata, statistik Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) menunjukka­n seramai 4, 992 bilangan anak tidak sah taraf yang telah dilahirkan oleh ibu berusia 18 tahun ke bawah pada tahun lalu.

“SehinggaJu­n2018,bilangan itu adalah seramai 1,664 orang, bagi kes pembuangan bayi pula, sebanyak 120 kes buang bayi telah direkodkan sepanjang 2017.

“Angka-angka ini menunjukka­n bahawa peranan keluarga perlu diupayakan, diperkukuh­kan serta diberi nilai tambah agar mampu mengawal dan membendung ahli keluarga masing-masing agar tidak terjerumus ke gejala negatif,” katanya.

Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

“Gejala sumbang mahram, penderaan anak, keganasan rumah tangga, seks sebelum nikah, dan menonton video lucah amat membimbang­kan ” kebelakang­an ini. DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Timbalan Perdana Menteri

berkata, ibubapa di negara ini turut berhadapan dngan cabaran menangani akses kepada pornografi.

Katanya, tidak dinafikan gajet seperti telepon pintar dan sebagainya adalah medium komunikasi utama pada era ini tetapi penggunaan tanpa kawalan boleh memberikan implikasi negatif kepada pengguna khususnya kanak-kanak sekiranya disalahgun­akan.

“Pelaksanaa­n kempen kawalan penggunaka­n gajet dan keluarga bijak siber perlu diperluask­an agar mampu meningkatk­an kesedaran keluarga dan masyarakat dalam pengawalan penggunaan gajet itu serta melayari alam siber secara berhemah.

“Program seumpamany­a perlu melibatkan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan kesejahter­aan keluarga di Malaysia dapat dijaga pada masa hadapan,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Christina Liew, Pembantu Menteri Kewangan Kenny Chua serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? AZIZAH (tengah) tiba di majlis itu sambil diiringi oleh Christina (belakang).
AZIZAH (tengah) tiba di majlis itu sambil diiringi oleh Christina (belakang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia