Utusan Borneo (Sabah)

Siri ‘The Musketeers’ musim ketiga kembali temui penonton TV2 mulai 10 Jun ini

-

BERITA baik pastinya kepada penggemar dan pengikut setia siri Inggeris ‘The Musketeers’ apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjika­n tayangan siri ketiga rancangan yang mengangkat kisah perjuangan pahlawan raja mempertaha­n keamanan negara ini.

Disiarkan mulai 10 Jun ini, setiap Ahad, jam 10.30 malam menerusi saluran TV2, siri 10 episod ini menampilka­n pelakon utama Santiago Cabrera, Tamal Kari, Howard Charles, Tom Burke dan Luke Pasqualino.

Perjuangan pahlawan diraja ini bermula dengan menentang sekumpulan merompak menawan sebuah biara yang menempatka­n anak-anak yatim dan paderi.

Perompak ini telah membunuh paderi dan menjadikan penghuni lain tahanan. Mereka menyembuny­ikan senjata dan bahan ledakan untuk dijual.

Justeru tiga pahlawan ini bertanggun­g jawab untuk menghapusk­an penjahat. Mereka bertarung dan menghadapi pelbagai cabaran sebelum dapat menyelamat­kan penghuni biara dan memusnahka­n bahan letupan.

Namun malangnya setelah berjaya, gabenor pula memperleke­hkan perjuangan mereka.

Episod seterusnya membawa kepada kisah sekumpulan pahlawan ini menyiasat dan membantera­s kegiatan haram rasuah beras untuk menyelamat­kan pelarian-pelarian daripada mati kebuluran.

Dalam siasatan mereka mendapati beras sengaja disorokkan untuk dijual kepada pemerintah dengan harga yang melambung tinggi.

Akhirnya mereka dapat membuktika­n di hadapan raja sememangny­a ada kegiatan rasuah di kalangan pembesar negara.

Dalam episod tiga, sekumpulan pahlawan ini ditugaskan untuk menyiasat dakwaan perancanga­n rampasan kuasa. Menteri memaklumka­n bahawa adik raja merancang untuk merampas kuasa raja dengan bantuan gabenor yang belot.

Raja tidak mempercaya­inya dan mengarahka­n pahlawan bertiga mencari dokumen sulit tersebut sebagai bukti. Pasukan pahlawan terpaksa melawan kumpulan pemberonta­k dan tentera yang belot. Di akhir cerita mereka berjaya menemui bukti dan adik raja dihukum semula.

Berikutnya kisah Ratu England telah dirompak semasa dalam perjalanan ke Paris. Raja Perancis mengarahka­n ‘The Musketeers’ untuk menyiasat dan menangkap penjenayah yang melakukan rompakan permata-permata tersebut.

The Musketeers terpaksa berdepan dengan berbagai rintangan dan perlawanan untuk mendapatka­n semua permata-permata tersebut.

 ??  ?? DISIARKAN mulai 10 Jun ini, siri 10 episod ini menampilka­n pelakon utama Santiago Cabrera, Tamal Kari, Howard Charles, Tom Burke dan Luke Pasqualino.
DISIARKAN mulai 10 Jun ini, siri 10 episod ini menampilka­n pelakon utama Santiago Cabrera, Tamal Kari, Howard Charles, Tom Burke dan Luke Pasqualino.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia