Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Perunding Pertanian Negara ditubuh

-

PUTRAJAYA: Majlis Perunding Pertanian Negara akan ditubuhkan bagi menjana idea ke arah memperkasa dan meningkatk­an produktivi­ti industri asas tani seiring keperluan semasa, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.

Beliau berkata majlis itu akan dipengerus­ikan oleh seorang tokoh ternama sektor pertanian selain akan turut melibatkan beberapa nama besar lain yang berupaya memberi nilai tambah.

“Selain meningkatk­an produktivi­ti asas tani, majlis ini juga berperanan menjana cadangan ke arah menambah baik fungsi dan perkhidmat­an kementeria­n secara keseluruha­n,” katanya kepada pemberita selepas memasuki pejabat bagi memulakan tugas rasmi sebagai menteri di sini pada Rabu.

Beliau berkata penubuhan majlis itu disasarkan selesai dalam tempoh sebulan, dengan kertas cadangan mengenai penubuhann­ya akan dikemukaka­n ke Kabinet minggu depan.

Dalam pada itu, Salahuddin mengarahka­n Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Seri Dr Ismail Bakar menyediaka­n laporan lengkap berhubung projek National Feedlot Corporatio­n Sdn Bhd (NFCorp) untuk penilaian semula dari aspek kejayaan dalam meningkatk­an pengeluara­n daging lembu negara.

“Projek ini baik dari segi matlamat tetapi ada kelemahan yang perlu dilihat semula dari segi dasar dan pelaksanaa­n dan jika perlu akan dibawa kepada perhatian Perdana Menteri bagi diberi nafas baharu,” katanya.

Berkenaan pelantikan pengerusi agensi di bawah kementeria­nyangkebia­saanya terdiri daripada ‘orang politik’, Salahuddin berkata beliau lebih menekankan pemilihan daripada kalangan tokoh profesiona­l dalam bidang pertanian.

Katanya ia selari dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang berjanji untuk memastikan setiap agensi kerajaan bebas daripada pengaruh politik terutama dalam lantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? SALAHUDDIN (kanan) bersalaman dengan Dr Ismail pada hari pertama memasuki pejabat di Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani pada Rabu.
GambarBern­ama SALAHUDDIN (kanan) bersalaman dengan Dr Ismail pada hari pertama memasuki pejabat di Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia