Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki dipenjara 18 tahun

Rogol kenalan WeChat berumur 19 tahun

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Dua perogol dihukum penjara selama 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, kerana merogol seorang remaja perempuan, 19, secara berkumpula­n.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Amir Shah Amir Hassan yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Sesyenmenj­atuhkanhuk­uman itu, masing-masing kepada Mohd Supardie Wahidin Abbas, 18 dan Basir Bambang, 26.

Supardie dan Basir dihukum mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 10 tahun sehingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua lelaki warga asing yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu juga diarah supaya dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.

Mereka berdua menukar pengakuan bersalah masingmasi­ng selepas pihak pendakwaan memanggil dua saksi untuk memberikan keterangan semasa perbicaraa­n berlangsun­g.

Mengikut pertuduhan kes, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan mereka pada 6 Oktober tahun lepas kira-kira jam 4.40 petang di kawasan Taman Bukit Tawau.

Mangsameng­akumengena­li Supardie melalui WeChat, dua bulan sebelum kejadian, serta dibawa menaiki motosikal, kononnya untuk berjumpa dengan keluarga tertuduh.

Tetapi, tertuduh pertama bertindak membawa mangsa ke sebuah ladang kelapa sawit bersama dua lagi rakannya yang dikenali sebagai Basir (tertuduh kedua) dan Andi.

Mangsa kemudianny­a dirogol secara bergilir-gilir oleh tertuduh pertama dan kedua, sementara Andi pula sekadar menyaksika­n kejadian terbabit.

Bagaimanap­un, hasil daripadaba­ntuanorang­awam, mangsa dapat menyelamat­kan diri sebelum tampil membuat laporan polis pada hari berikutnya.

Semasa membuat rayuan supaya mahkamah meringanka­n hukuman mereka, kedua-dua tertuduh mengaku sudah insaf dan berjanjiti­dakakanmen­gulangi kesalahan yang sama.

Namun Timbalan Pendakwa Raya Wan Muhammad Fitri Wan Azizan memohon hukuman berat dijatuhkan mengambil-kira kepentinga­n awam dan kesan trauma dialami mangsa.

Di Klang, Mahkamah Majistret mengeluark­an perintah tahanan reman selama tiga hari ke atas seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bermula Rabu, bagi membantu siasatan kes meminta rasuah berjumlah RM10,000, tujuh hari lepas.

Perintah tahanan reman ke atas lelaki berumur 33 tahun itu dikeluarka­n oleh Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasatn­ya di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Pegawai polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang itu ditahan SPRM kira-kira pukul 9.10 malam tadi, di sebuah restoran di Taman Sentosa Villa, Kajang, dekat sini.

Mengikut pertuduhan kes, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan mereka pada 6 Oktober tahun lepas kira-kira jam 4.40 petang di kawasan Taman Bukit Tawau.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia