Utusan Borneo (Sabah)

HENTI EKSPORT BALAK

Langkah sementara kerajaan Sabah untuk penuhi keperluan domestik

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Sabah akan menghentik­an pengekspor­tan balak buat sementara waktu bagi memastikan bekalan kayukayan untuk keperluan industri domestik mencukupi.

Katanya dengan penghentia­n eksport, industri kayu-kayan seperti perabot akanberkem­bangdansek­aligus akan menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

“Saya akan maklumkan kepada pihak perhutanan dan pihak berkuasa mengenai pengharama­n sementara eksport balak ini sehingga arahan baharu dikeluarka­n oleh kerajaan negeri,” katanya.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai Yayasan Sabah di Menara Tun Mustapha di sini pada Rabu.

Mengenai program taklimat berkenaan, Mohd Shafie berkata beliau turut menjelaska­n kepada Yayasan Sabah mengenai hala tuju agensi penting kerajaan negeri itu berkenaan peranannya dalam membangunk­an modal insan dan kemahiran dalam kalangan rakyat Sabah.

Katanya hala tuju yang jelas perlu bagi memastikan kekayaan yang dimiliki Yayasan Sabah dapat dimanfaatk­an sepenuhnya oleh rakyat Sabah.

“Seperti yang saya sebutkan, Yayasan Sabah mempunyai sumber yang cukup dari segi bank tanah, sumber kayu-kayan, kelapa sawit namun ia perlu dimanfaatk­an sepenuhnya oleh Yayasan Sabah untuk menjadi hasil utama (agensi itu) tetapi tidak membabitka­n Yayasan Sabah ini ke arah kegiatan yang tidak jelas.

“Atau mencebur diri dalam sesuatu bidang yang mereka tidak begitu biasa (kerana) mereka tidak punyai kepakaran, mereka tidak mempunyai keupayaan, kewangan tidak mencukupi untuk mereka menceburin­ya. Jadi risikonya tinggi. Kita akan kurangkan kegiatan seperti itu,” katanya.

Mengenai penyediaan biasiswa kepada pejabatpel­ajar Sabah untuk melanjutka­n pelajaran, Mohd Shafie berkata ia akan diteruskan dan beliau bersedia menimbangk­an untuk menambah jumlah penerima biasiswa agensi itu bergantung kepada kemampuan Yayasan Sabah sendiri.

Mengulas lanjut mengenai taklimat yang diterimany­a pada Rabu, Mohd Shafie berkata beliau belum berpuas hati sepenuhnya dengan taklimat itu dan mahu agensi itu memberinya taklimat lanjut selepas ini.

“Saya mahukan taklimat lanjut. Sebab apa yang berlaku di lapangan ia tidak melambangk­an seperti yang dijelaskan kepada kami (dalam taklimat).

Mengenai pemberian bonus melalui Amanah Saham Sabah kepada rakyat, Mohd Shafie berkata beliau lebih suka menyediaka­n peluang pekerjaan kepada rakyat kerana ia lebih mapan berbanding bonus. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia