Menteri Kesihatan bincang isu kritikal di Sandakan
SANDAKAN: Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Stephen Wong Tien Fatt telah mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Haji Mohd Hamsan Awang Supain bagi membincangkan beberapa isu kritikal di daerah ini.
Bercakap kepada media selepas itu, beliau berkata antara isu yang dibincangkan termasuk aspek kebersihan dan kebajikan orang ramai serta orang kelainan upaya (OKU).
Selain itu katanya, isu berkaitan bidang ekonomi, pelancongan dan kesihatan di daerah ini juga akan diberi tumpuan.
“Saya berjumpa dengan Mohd Hamsan yang mewakili presidennya dan memberitahu beliau apa yang kami lihat dan jangka.
“Beberapa isu yang kami bincangkan hari ini akan dibawa ke Mesyuarat Tindakan Daerah di Bilik Mesyuarat MPS pada 28 Mei ini dan saya juga komited untuk mengetahui lebih lanjut sebarang masalah yang dihadapi oleh jabatan-jabatan yang ada.
“Banyak benda yang perlu dilakukan. Kita mahu melakukan yang lebih baik untuk Sandakan,” katanya.
Wong yang juga Ahli Parlimen Sandakan mahu setiap jabatan dan agensi di bawahnya duduk bermesyuarat bersama bagi melihat sebarang masalah yang timbul dan mencari penyelesaian sewajarnya.
“Esok (23 Mei) saya akan melawat beberapa jabatan di bawah kementerian ini. Apaapa yang sudah dilaksanakan sebelum ini mungkin akan
(kanan) ketika mengadakan perjumpaan bersama Hamsan.
diteruskan manakala manamana kelemahan akan dilihat untuk tindakan susulan,” jelasnya.
Berikutan bidang kesihatan kini juga terletak di peringkat negeri, Wong berkata pihaknya akan berbincang dengan kementerian di peringkat persekutuan untuk melihat mekanisme yang terbaik dalam melaksana dan menyediakan khidmat kesihatan untuk rakyat.
“Bagi Sandakan, setakat ini kita melihat ada keperluan untuk menambah pakar selain perlu menambahbaik sistem letak kereta di Hospital Duchess of Kent serta beberapa perkara lagi yang kita akan lihat serta atasi secara berperingkat,” katanya.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Calvin Chong dan Setiausaha Perbandaran Sandakan Faridah Giau.