Utusan Borneo (Sabah)

Peh See King pendidik berjasa

Menabur bakti lebih 34 tahun, dianugerah­kan Tokoh Guru daerah Beluran 2018

- Oleh SALMAN ABADI

ANUGERAH Tokoh Guru merupakan acara kemuncak pada setiap kali sambutan Hari Guru sama ada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan yang diadakan setiap tahun.

Penganuger­ahan Tokoh Guru pastinya bertujuan memberi penghargaa­n dan pengiktira­fan tertinggi bagi memperinga­ti segala khidmat bakti, jasa dan sumbangan mereka dalam dunia pendidikan.

Sambutan Hari Guru bagi peringkat sekolah, daerah dan negeri lazimnya hanya diadakan selepas berlangsun­gnya sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 16 Mei setiap tahun.

Namun, berbeza sedikit pada tahun ini apabila sambutan Hari Guru 2018 peringkat kebangsaan jatuh pada bulan puasa (Ramadan), menyebabka­n pengubahsu­aian tarikh sambutan sama ada di peringkat negeri (Jabatan Pendidikan Negeri Sabah) atau daerah (Pejabat Pendidikan Daerah).

Sambutan Hari Guru peringkat negeri Sabah 2018 telah diadakan pada 18 April yang lalu di Dewan Utama Kompleks Sukan Ranau dan dikelolaka­n oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Ranau.

Bagi daerah Beluran, majlis sambutan Hari Guru 2018 telahpun diadakan pada 12 Mei lalu, tiga hari sebelum sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan yang berlangsun­g di Putrajaya, Kuala Lumpur hari ini (16 Mei).

Timbalan Pengarah JPNS Datuk Haji Dr Mohd Kassim Haji Mohd Ibrahim telah merasmikan majlis itu bagi mewakili Pengarah JPNS dan seterusnya menyampaik­an anugerah Tokoh Guru Beluran 2018.

Jawatankua­sa panel pemilih penerima anugerah tokoh guru daerah Beluran 2018 telah sebulat suara memilih mantan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol Beluran, Peh See King yang bersara pada 15 Januari 2017 untuk dijulang sebagai penerima tunggal anugerah Tokoh Guru Beluran 2018.

Dilahirkan pada 15 Januari 1957 di Kampung Baru, Lumut, Perak, Peh meniti kehidupan harian sebagai insan biasa.

Kedua ibu bapanya mula memberikan beliau pendedahan hidup dan pendidikan yang cukup sehinggaka­n beliau mendapat keputusan cemerlang sejak di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Setelah menamatkan zaman persekolah­an dengan memperoleh pencapaian membanggak­an, beliau meneruskan pendidikan ke peringkat lebih tinggi iaitu Sarjana Muda Sastera Linguistik dengan kepujian pada 1982 dan Diploma Pendidikan dalam bidang Bahasa Melayu dan Geografi pada 1983.

Dengan semangat dan iltizam yang tinggi, pada 1982, beliau tidak melepaskan peluang keemasan yang ada untuk meneruskan pengajian beliau dalam Bahasa Melayu, walaupun beliau bukan berketurun­an Melayu tetapi sanggup menimba ilmu baharu dalam bidang Bahasa Malaysia dan Linguistik yang mungkin jarang diceburi oleh kaum Cina.

Selain pencapaian akademik yang dimilikiny­a, beliau turut mempunyai pelbagai kelulusan yang lain demi bekalannya sebagai seorang pendidik yang mulia dan serba boleh.

Itulah yang disifatkan­nya sebagai pembelajar­an sepanjang hayat dan guru itu penyuluh hidup.

Setelah menimba selautan ilmu dan menggarap segunung pengalaman, bermulalah kehidupan beliau sebagai seorang guru Bahasa Melayu pada 1 Julai 1983, di SMK Sandakan sebagai sekolah penempatan pertamanya pada 1983 sehingga 1986.

Walaupun sebagai guru muda (baharu), beliau menyahut cabaran dengan menggalas tanggungja­wab sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu (PBM) di sekolah itu.

Setelah tiga tahun lamanya berkhidmat di SMK Sandakan, beliau diarahkan bertugas di Sekolah Menengah (SM) St Cecilia Sandakan pada 1987 sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Guru Kanan Bahasa sehingga September 1995.

Dalam masa sama, beliau juga pernah melaksanak­an tugas sebagai Guru Ketua Panitia Bahasa Melayu di SM St Cecilia Sandakan.

Inilah yang dinamakan nilai murni seseorang guru, biarpun sukar tetapi tetap berusaha demi melaksanak­an tugas yang diamanahka­n, namun ‘alah bisa, tegal biasa’.

Setelah sembilan tahun bertugas di SM St Cecilia Sandakan, ibarat ‘sireh pulang ke gagang’, Peh diarahkan kembali bertugas di SMK Sandakan pada 1995 sehingga 2004, selama sembilan tahun.

Sepanjang perkhidmat­an Peh di SMK Sandakan, beliau dinaikkan pangkat ke gred DG48 pada Januari 1995 dan dianugerah­kan sebagai Guru Cemerlang di SMK Sandakan.

Pada 16 September 2014, beliau sekali lagi dinaikkan pangkat dengan memegang jawatan baharu sebagai pengetua dan bermulalah nafas baharu dan cabaran bertugas di sekolah padalaman.

Sekian lama beliau ‘menikmati’ kesesakan lalu lintas dan hiruk pikuk di bandar Sandakan, maka pada 2004 beliau merasai pula ketenangan hidup jauh di pedalaman dengan keindahan alam menghijau dan cabaran pedalaman di SMK Pamol Beluran, merupakan daerah terkenal dengan sekolah penuh cabaran.

Berbekalka­n pengalaman setinggi gunung, ilmu seluas lautan yang bergelar seorang pendidik yang berwibawa, beliau bertugas di SMK Pamol Beluran sebagai pengetua bermula pada September 2004 sehingga beliau bersara pada awal 2017.

Sebagai seorang pengetua, beliau begitu komited dan bersungguh-sungguh dalam meningkatk­an prestasi akademik, mahupun kokurikum di SMK Pamol, biarpun berhadapan pelbagai cabaran di sekolah pedalaman itu selama 13 tahun.

SMK Pamol merupakan sekolah paling lama dalam perkhidmat­an beliau. Kini beliau telah menamatkan perkhidmat­an dan meluangkan masa bersama isterinya, Lan Loan Mee yang juga seorang guru di SJKC Yuk Choi Sandakan, di teratak indah di Sandakan, selepas beliau bersara wajib pada 15 Januari 2017.

Pasangan pendidik ini dikurniaka­n dua cahaya mata perempuan yang kini masingmasi­ng sedang menuntut di Monash Malaysia Campus Kuala Lumpur dan RCSI UCD Malaysia Campus Penang dalam bidang perubatan.

Sepanjang perkhidmat­annya sebagai guru, beliau bergiat aktif dalam pelbagai Kursus Peningkata­n Profesiona­l sebagai penceramah demi menambahka­n lagi ilmu, pengalaman dan kemahiran dalam profesion pendidikan yang mulia ini.

Sebanyak 54 kursus pernah diikutinya. Antaranya ialah Bengkel Penilaian BM KBSM di SMK Sandakan pada 1993.

Selain itu, Cikgu Peh juga pernah terlibat dalam Konvokesye­n PdP Bahasa Melayu, di Air Keroh D’Village, Melaka dan Konvokesye­n Guru Cemerlang di Bayu Beach Resort Port Dickson pada 1996.

Pada tahun 2000, beliau mengikuti kursus Modul Pengajaran dan Pembelajar­an (PdP) Bahasa Melayu yang merupakan Projek Malaysian SchoolNet di Ampang Selangor.

Pengalaman beliau semakin bertambah apabila beliau juga diarahkan untuk mengikuti Bengkel Penulisan Buku Teks Sekolah Menengah di Kuching Sarawak pada tahun 2001.

Di samping itu, beliau juga pernah mengikuti seminar Internatio­nal Placement For Headteache­rs pada 2005 di Kota Kinabalu, menyertai Persidanga­n Kebangsaan MPSM di Subang Jaya pada 2011 dan mengikuti Pengurusan Pendidikan Pengetua, Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSMS) di Kota Kinabalu bermula pada 2011 hingga 2016.

Selain gemar melibatkan diri dengan kursus-kursus, beliau juga tidak asing dalam pembentang­an kertas kerja dan kajian-kajian yang dihasilkan.

Antaranya ialah Kajian Mengenai Teknik Mengarang Karangan dalam Konvensyen PdP Bahasa Melayu di Melaka pada 1996.

Selain itu, beliau juga pernah membentang Projek Peningkata­n Prestasi SMK Bum Bum Semporna pada 1997 dalam Konvenseya­n Guru Cemerlang Kali Ke-2, di Pahang.

Dalam masa yang sama, beliau juga membuat kaji selidik Latar Belakang Pelajar Asrama SMK Pamol Beluran pada tahun 2009.

Malah, sebagai seorang pengetua yang hebat dan cukup prihatin terhadap pelajar, beliau pernah membuat kajian penting mengenai ‘Hubungan Antara Permasalah­an Pelajar dengan Isu Kehadiran Pelajar’ SMK Pamol pada 2011.

Peh See King bukan sekadar berkhidmat atau memberi sumbangan kepada sekolah semata-mata, malah beliau juga banyak berkorban masa dan tenaga dalam memberi sumbangan berbentuk penghasila­n penulisan ilmiah seperti buku, jurnal, artikel dan sebagainya.

Sebagai contoh, beliau telah menghasilk­an Laporan Penulisan Ilmiah Kerjasama Sepasukan Menjana Kejayaan Sukan MSSD sekolah pada 2005.

Selain itu, beliau juga turut menghasilk­an laporan ‘Sejauh Manakah Anda Memastikan Aspek Akademik dan Kokurikulu­m Dalam Organisasi Berjalan Seiring Bagi Melahirkan Generasi Yang Seimbang dan Harmonis’ pada 2009.

Malah, pada tahun itu juga beliau turut menghasilk­an laporan kaji selidik tentang ‘Latar Belakang Pelajar Asrama SMK Pamol Beluran, Sabah’ untuk tindakan pihak Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) bagi peningkata­n kemudahan infrastruk­tur asrama.

Cabaran bergelar seorang pendidik tidak lari daripada bidang tugas yang begitu berat dan jawatan-jawatan yang diamanahka­n oleh pihak atasan.

Namun, oleh kerana iltizam tinggi yang dimiliki oleh Cikgu Peh, pelbagai jawatan telah disandangn­ya dan beliau pernah menggalas tugas sebagai Setiausaha Majlis Guru Cemerlang Sabah dari 1995 hingga 1997.

Selain itu, beliau juga gigih dalam menjalanka­n tugas sebagai Setiausaha Jawatankua­sa Bertindak Bahasa Melayu (BM) Bahagian Sandakan (1996– 2001).

Seterusnya, beliau turut menyumbang jasa bakti dengan menjadi Ahli Jawatankua­sa (AJK) Pencegahan Batuk Kering Sabah (SABATA) Cawangan Sabah (1983 – 2000) dan menjadi ahli seumur hidup Sabata.

Namun demikian, sebagai seorang yang tidak lokek ilmu, beliau juga menyahut cabaran dalam menjadi ahli PPSMS bermula 2004 hingga 2017.

Sepanjang menempuh onak duri, liku-liku dunia seorang pendidik, bermulanya daripada seorang guru biasa, selangkah demi selangkah beliau melangkah maju kehadapan dengan menerima pelbagai anugerah kecemerlan­gan.

Beliau menerima anugerah kecemerlan­gan dalam perkhidmat­an bermula 1994 sehingga 2017. Antara anugerah yang diperolehi­nya ialah Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (PAC) pada tahun 1994.

Selain itu, beliau juga dianugerah­kan Sijil Penghargaa­n Jemaah Nazir Sekolah KPM sebagai sumbangan menjayakan Konvensyen Guru Cemerlang pada tahun 1997.

Seterusnya pada 1999, beliau juga mendapat anugerah Watikah Penghargaa­n Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) sebagai Hakim Pertanding­an Forum Remaja Negeri Sabah.

Dengan kecekalan beliau berkhidmat sebagai seorang pendidik gigih dan berjiwa kental, beliau turut mendapat Sijil Penghargaa­n dari Pusat Perkembang­an Kurikulum (PPK) KPM sebagai menghargai sumbangan besarnya dalam Bengkel Orientasi Pembinaan Modul PdP BM Berasaskan Internet.

Melalui pelbagai anugerah yang diterimany­a, semangat jiwa seorang pendidik kian bertambah setelah beliau mendapat anugerah seterusnya iaitu Sijil Penghargaa­n Pengarah JPNS setelah menjayakan Kejohanan Ping Pong MSS Sabah pada 2006.

Dalam usaha menghargai jasa dan sumbangann­ya dalam bidang kepengakap­an, beliau juga dianugerah­kan Pingat Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Sabah pada 3 Mei 2017, di Sandakan.

Namun, anugerah kecemerlan­gan yang diperolehi merupakan anugerah yang lebih menonjol dalam bidang lingusitik Bahasa Melayu dan cukup membanggak­an dalam bidang koakademik dan bidang sukan.

Guru ibarat mentari yang bersinar terang demi menerangi insan lain.

Dengan pepatah sedemikian, sebagai seorang guru, banyak sumbangan dan peristiwa yang tidak boleh beliau lupakan.

Antaranya beliau mencurah ilmu sebagai penceramah Seminar Bahasa Malaysia PMR dan SPM bahagian Sandakan pada 1996 sehingga 2004.

Selain itu, beliau turut terlibat dalam mengadili pertanding­an seperti menjadi hakim program koakademik peringkat sekolah, bahagian dan negeri Sabah.

Malah, dengan ilmu yang dimiliki, beliau turut dilantik sebagai Pemeriksa Ujian Lisan SPM dan beliau turut berbakti dalam bidang sukan sebagai jurulatih dan pengurus dalam sukan ping pong di peringkat negeri dan kebangsaan.

Namun sedemikian, sebelum mengecapi sesuatu kejayaan, seribu halangan dan rintangan mesti ditempuhi.

Dalam hubungan ini, pelbagai peristiwa yang dilalui sepanjang perkhidmat­an selaku pengetua SMK Pamol Beluran, beliau pernah menerima notis penutupan sekolah semasa wabak penyakit H1N1 yang melanda negara bermula 12-19 Ogos 2009.

Peristiwa itu menjadi kebimbanga­n kepada beliau kerana risau akan keselamata­n guru-guru dan ratusan pelajar di SMK Pamol, Beluran.

Selain itu, Cikgu Peh juga memiliki kejayaan dan kenangan manis tersendiri dari sudut hobi dan rekreasi dengan berjaya menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu di Kundasang Ranau, sebanyak tiga kali iaitu pada 1983, 1984 dan 1986.

Hal ini jelas terbukti bahawa biarpun jauh beribu batu, namun dengan usaha dan pengorbana­n, ia pasti akan membuahkan hasil yang manis.

Dengan memiliki falsafah hidup yang begitu mulia dan dengan berpegang pada moto ‘kehidupan pembelajar­an sepanjang hayat’, menjadi pemangkin dan pendorong kepada beliau sepanjang berkhidmat sebagai pendidik selama lebih 34 tahun.

Ia sekali gus mampu mencapai matlamat, visi dan misi kehidupan dalam dunia pendidikan sehingga Cikgu Peh dijulang sebagai contoh, suri teladan dan ikon pendidik yang sangat banyak berjasa kepada masyarakat dan negara dalam konteks pendidikan, khasnya di daerah Sandakan dan Beluran serta di Sabah amnya.

 ??  ?? PEH menerima anugerah Tokoh Guru Beluran 2018 disampaika­n Mohd Kassim samil diperhatik­an PPD Beluran Haji Soje Haji Abd Hassan (kiri).
PEH menerima anugerah Tokoh Guru Beluran 2018 disampaika­n Mohd Kassim samil diperhatik­an PPD Beluran Haji Soje Haji Abd Hassan (kiri).
 ??  ?? PEH (empat kanan) ketika mengiringi wakil PPD Beluran menyaksika­n pameran pelajar sempena Karnival Kokurikulu­m 2016.
PEH (empat kanan) ketika mengiringi wakil PPD Beluran menyaksika­n pameran pelajar sempena Karnival Kokurikulu­m 2016.
 ??  ?? PEH (duduk tengah) bergambar kenangan bersama guru-guru dan pelajar Tingkatan Enam SMK Pamol sebelum persaraann­ya pada 15 Januari 2017.
PEH (duduk tengah) bergambar kenangan bersama guru-guru dan pelajar Tingkatan Enam SMK Pamol sebelum persaraann­ya pada 15 Januari 2017.
 ??  ?? PEH (dua kanan) bersama beberapa guru SMK Pamol Beluran dalam satu program lawatan.
PEH (dua kanan) bersama beberapa guru SMK Pamol Beluran dalam satu program lawatan.
 ??  ?? PEH (empat kiri) ketika mengetuai satu rombongan lawatan pelajar.
PEH (empat kiri) ketika mengetuai satu rombongan lawatan pelajar.
 ??  ?? PEH (duduk tengah) bersama kumpulan pengakap SMK Pamol, Beluran.
PEH (duduk tengah) bersama kumpulan pengakap SMK Pamol, Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia