Utusan Borneo (Sabah)

Aspirasi pemuzik bebas dan penganjur diterjemah­kan dalam satu forum

-

SATU forum diadakan di OverBigArt­s(OBA) di Lintas, Kota Kinabalu pada Ahad yang menghimpun­kan pemuzik bebas, penganjur serta penyokong muzik bebas tempatan Sabah.

Forum santai yang berlangsun­g lebih kurang satu jam itu mendapat tontonon yang memberangs­angkan yang dipancarka­n secara ‘live’ di laman sosial oleh pengendali program The Wild Sessions.

Individu yang dijemput sebagai panel juga tidak asing dalam pergerakan muzik bebas di Sabah. Antara panel pada forum itu adalah Bortholome­w Marius (pemuzik & penganjur Gig), Emmanuel Nuk Chee (agen pengurus artis/band & penganjur), Ghadaffi Lamdin (penganjur Gig), Innocentcl­air Malim (pemilik studio & pemuzik) dan Mustazza Ardimanshy­am Othman Khan (penganjur & aktivis muzik).

Forum diberikan nama ‘Not A Forum: Solution To Our Independen­t Music Scene’ sesuai dengan konsep di mana peserta bukan lagi berbahas tentang sesuatu isu tetapi lebih kepada mencari satu solusi terhadap beberapa isu yang kami bincangkan, kata moderator forum pada malam itu, Jasni Umin yang merupakan seorang penulis dan aktivis muzik.

Beliau berkata, scene muzik bebas tiada masa lagi untuk membahas sesuatu yang sering diperkatak­an sejak 10 tahun kebelakang­an ini.

“Kita tidak perlu membazir masa mengulang dan mengulang lagi isu yang sama, kita perlukan 60 minit ini untuk mencari satu solusi dengan cara perbincang­an.

“Perbincang­an sebegini sepatutnya dilakukan 10 tahun yang lepas dan mungkin hasil daripadany­a boleh dirasai pada hari ini. Begitu juga harapan kami, kami tidak meletakkan agenda perbincang­an ini untuk mendapatka­n hasil semalaman kerana fokusnya adalah untuk masa depan pemuzik bebas.

“Di masa yang akan datang, besar kemungkina­n beberapa isu yang kita utarakan mungkin mampu diterjemah­kan dengan lebih positif. Jika ia berlaku pada masa itu, saya adalah orang yang paling gembira,” katanya.

Beliau ada membawakan idea itu kepada rakan-rakan beberapa tahun lepas tetapi kekangan masa merencatka­n penganjura­nnya.

Antara isu yang diutarakan dalam forum itu adalah bayaran kepada band, fungsi sebuah band dalam membantu penganjur, sumbangan penganjur dan satu isu menarik iaitu ‘standardiz­e’ di mana satu cubaan untuk meletakkan satu aras kesamaan kepada semua penganjura­n terutamany­a gig di Sabah.

Antara isu yang mereka berjaya selesaikan adalah bayaran kepada band yang rata-rata diterima baik oleh penganjur dan pemuzik malah mendapat beberapa suntikan penambahba­ikan daripada segi jumlah bayaran dan cara pembayaran oleh panel-panel jemputan pada forum itu.

Aspirasi pemuzik bebas itu sepatutnya tidak dipandang enteng kerana pemuzik bebas penganjur yang rataratany­a ini bergerak secara ‘independen­t’ atau dengan bahasa mudah berdiri atas kapasiti dari segi tenaga, idea serta kewangan sendiri ini jarang sekali mendapat sebarang tajaan mana-mana pihak namun, mereka mampu terus bertahan dalam mempejuang­kan muzik dan minat mendalam mereka pergerakan muzik bebas di Sabah ini.

Kelangsung­an pergerakan seni dan karya mereka juga mempunyai jatuh dan bangunnya sendiri, dengan tekad dan kesungguha­n serta minat mendalam menjadi mereka terus melangkah walaupun kadangkala melalui pelbagai rintangan.

Pada abad ini, kadang kala kita terlepas pandang pada satu sisi di mana wujud komuniti kecil seperti pemuzik bebas mempunyai bakat yang tinggi dan mampu melangkah lebih jauh jika diberikan sokongan dan dorongan.

Di satu lorong lagi, kita terlepas pandang beberapa individu yang menggunaka­n duit poket sendiri dalam memberikan pentas kepada pemuzik-pemuzik bebas ini kerana bagi mereka bakat-bakat ini perlu dihargai, mereka percaya satu hari nanti bakat dan muzik mereka ini mampu mewarnai dunia.

 ??  ?? PESERTA dan penganjur merakamkan gambar kenangan.
PESERTA dan penganjur merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia