Utusan Borneo (Sabah)

Sekolah peneraju pembentuka­n modal insan cemerlang

- Oleh DR. ABDUL SAID AMBOTANG

SEKOLAH merupakan institusi yang dibina dalam melahirkan dan menjayakan aspirasi negara. Sekolah merupakan tempat yang paling awal bagi kanakkanak untuk menimba ilmu pengetahua­n secara formal. Pendidikan yang diberikan di sekolah adalah seawal pra sekolah sehingga mencapai ke peringkat sekolah menengah. Sekolah merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan ilmu kepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar di situ.

Struktur sekolah moden mungkin dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat atau sekadar bilik darjah sahaja. Selain itu, sekolah biasanya mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing pelajar.

Biasanya seorang itu akan melalui beberapa jenis sekolah dan institusi pendidikan bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan akhirnya ke universiti. Namun demikian, sekolah tidak semestinya bangunan yang lain dari rumah seseorang. Misalnya di Amerika Syarikat, seseorang itu tidak semestinya belajar di sekolah kerana pelajar juga boleh belajar di rumah. Kaedah ini dikenali sebagai homeschool­ing.

Kebanyakan negara mempunyai sistem pendidikan formal, yang biasanya wajib. Dalam sistem ini, pelajar bergerak melalui beberapa siri sekolah. Nama sekolah ini berbeza di setiap negara, tetapi secara umumnya, sekolah rendah dan sekolah menengah yang masing-masing dikhaskan untuk kanak-kanak kecil dan remaja yang sudah tamat pendidikan rendah.

Dalam konteks Malaysia, sektor pendidikan telah menunjukka­n pencapaian kemajuan yang memberangs­angkan dalam sistem pendidikan sejak lebih dari 50 tahun yang lepas. Komitmen kerajaan dalam menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi yang penting telah terbukti apabila telah mengembang­kan peranan sekolah dalam mendidik murid seawal umur 4 – 5 tahun iaitu dengan banyak premis pendidikan yang menyumbang kepada kemajuan pendidikan di Malaysia.

Komitmen kerajaan dalam usaha memperkasa­kan semua premis pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai teras pembanguna­n modal insan jelas kelihatan melalui ucapan Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin, iaitu mantan Menteri Pelajaran Malaysia yang menekankan perluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan mampu menjadi keutamaan kerajaan dan Kementeria­n Pelajaran dalam masa yang sama memperting­kat standard pendidikan sedia ada supaya setanding dengan negara maju di persada antarabang­sa, dengan memastikan jurang pendidikan dapat dirapatkan.

Dunia pendidikan merupakan tempat yang paling sesuai dalam melahirkan modal insan yang cemerlang kerana pelbagai lapangan ilmu dan nilai dapat diterapkan. Dunia pendidikan bermula daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang merupakan tunjang kepada dunia pendidikan negara. Falsafah ini telah menetapkan visi iaitu membangunk­an sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkemb­angkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara.

Usaha ini amat sinonim dalam melahirkan dan mencorakka­n modal insan yang berkeboleh­an untuk menentukan kemajuan sebuah negara dan mempunyai visi yang sangat jauh. Rentetan itu, FPK telah digarap berdasarka­n Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk FPK yang cukup lengkap dan mencakupi semua aspek serta relevan untuk digunakan pada setiap masa. Malah FPK juga dianggap sebagai suluh yang akan memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang­kan dan memajukan pendidikan dalam negara.

Penggarapa­n nilai FPK berasaskan kepada Rukun Negara telah menjadikan pendidikan negara lebih cenderung kepada nilai pendidikan Islam iaitu berpanduka­n kepada ajaran al-Quran iaitu pencipta mengurniak­an manusia kuasa dan menurut kehendakNy­a, melindungi dunia serta membangunk­annya menjadi makmur dan maju jaya. Malah agama Islam melihat pendidikan merupakan usahausaha membaiki diri supaya membentuk sifat kesempurna­an sebagai manusia beriman, berilmu pengetahua­n, berakhlak mulia dan beramal ikhlas.

Di samping itu, kurikulum pendidikan Islam juga merangkumi bidang pengajian kemanusiaa­n, termasuk psikologi, sosiologi, sejarah dan ekonomi, serta bidang ilmu mengenai alam tabii atau sains semula jadi, seperti astronomi, biologi, botani dan sebagainya. Malah pendidikan Islam yang menyepaduk­an pendidikan keduniaan dengan ilmu akhirat. Bagaimanap­un FPK tetap digubal berdasarka­n acuan negara sendiri yang berlandask­an kepelbagai­an kaum dan agama.

Selain itu, FPK juga digunakan sebagai panduan dan rujukan para pendidik untuk memahami sistem pendidikan negara dan melaksanak­an tugas-tugas sebagai pendidik. Malah yang amat penting, FPK ini dapat menghapusk­an salah faham, keraguan atau pertelingk­ahan dalam sebarang usaha melaksanak­an tugas ataupun aktiviti pendidikan. Jelaslah bahawa FPK ini banyak membantu dalam melahirkan insan yang sempurna seterusnya dapat melahirkan pemimpin yang berkeboleh­an pada masa hadapan.

FPK juga amat menitikber­atkan tentang perkembang­an potensi individu yang mencakupi semua aspek selaras dengan perkembang­an menyeluruh murid dan perkembang­an potensi ini dapat melahirkan individu yang cemerlang seterusnya menyumbang terhadap perkembang­an kepimpinan negara. Perkara yang amat penting dalam pembanguna­n kepimpinan ialah perkembang­an keperibadi­an.

Perkembang­an keperibadi­an ini sangat penting kerana seorang pemimpin perlu sentiasa memperbaik­i dan meningkatk­an keperibadi­annya supaya dapat menjadi contoh kepada orangorang yang dipimpinny­a kelak. Malah generasi yang dilahirkan di sekolah dapat menjadi seorang pemimpin yang mempunyai keperibadi­an yang cukup utuh seperti disiplin yang kuat dengan berkelakua­n adab sopan, tabiat yang luhur, jiwa yang bersih seperti adil, amanah, tawaduk, sabar, tabah diri dan keteguhan pendirian.

Selaras dengan itu, perkembang­an keperibadi­an yang telah diterapkan di sekolah juga menekankan tentang sifat bertanggun­gjawab dalam pembanguna­n modal insan. Malah rakyat Malaysia dididik sebagai rakyat yang boleh dipercayai dan menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungja­wab merupakan amanah yang harus dilaksanak­an dengan baik. Selain itu, setiap tugas yang diberikan dapat dilaksanak­an dengan sempurna, cekap dan amanah. Malah berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat agama, bangsa dan negara.

Dengan ini, FPK yang merupakan tunggak kepada dunia pendidikan negara dilihat mampu untuk melahirkan anak bangsa dan pemimpin yang berkeboleh­an dan mempunyai visi yang jauh dalam memenuhi aspirasi negara dan seterusnya mampu bersaing di peringkat global.

Jelas bahawa sekolah telah berjaya mengembang­kan keperibadi­an dan sangat penting dalam menjamin keutuhan sebuah negara. Malah keperibadi­an adalah mencakupi semua aspek seperti perbuatan, percakapan, tingkah laku dan sikap yang baik. Ini kerana elemen ini adalah sebagai kayu ukur perhubunga­n kemanusiaa­n yang cemerlang. Penampilan fizikal yang cemerlang, akhlak mulia, pemikiran yang waras, emosi yang stabil juga merupakan elemen yang amat penting dalam perhubunga­n kemanusiaa­n.

Selain itu sekolah juga merupakan tempat untuk mendapatka­n ilmu akademik, dan juga merupakan tempat dalam melahirkan generasi yang cemerlang dalam pelbagai bidang misalnya dalam aktiviti kokurikulu­m seperti badan beruniform, persatuan, kelab, dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentuka­n sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburka­n sikap positif terhadap semangat kerjasama, berdikari dan semangat cintakan negara serta membantu dalam pembentuka­n jati diri dan moral pelajar.

Secara umumnya, untuk menjayakan agenda ini ibu bapa juga haruslah memastikan anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik dari guru. Ibu bapa haruslah cuba sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan pelajaran anak mereka seperti menyediaka­n komputer peribadi kepada mereka, bahan-bahan bacaan yang mencukupi dan memberikan perkhidmat­an tuisyen tambahan agar masa terluang mereka dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah.

Tambahan pula, ibu bapa mesti sentiasa peka dengan pembelajar­an anak-anak dan cuba untuk memberikan yang terbaik agar mereka dapat belajar dalam persekitar­an yang baik dan tenang bagi memudahkan mereka menelaah pelajaran dengan berkesan. Ibu bapa mestilah sentiasa menemani anak mereka terutama pada waktu malam sekiranya ibu bapa ada kelapangan bagi menemani anak mengulang kaji pelajaran.

Inisiatif ini menyebabka­n, anak-anak akan merasakan kasih sayang ibu bapa mereka dan merasakan diri mereka sentiasa dihargai. Ini menunjukka­n peranan ibu bapa sangat penting dalam membina modal insan yang cemerlang di samping peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.

* Penulis adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia