Utusan Borneo (Sabah)

Pindah Warisan, Hamisa belum beritahu Ghapur

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Bekas pemimpin Umno Kalabakan, Datuk Hamisa Samat mengakui belum sempat memberitah­u sendiri Ketua Umno Bahagian Kalabakan Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh berhubung keputusann­ya menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu itu berkata hal itu akan dilakukann­ya dalam tempoh terdekat sebagai menghormat­i bekas Ahli Parlimen Kalabakan terbabit.

“InshaAllah saya akan menghubung­i beliau dalam masa terdekat, jika tidak dapat menghubung­inya, saya akan meninggalk­an pesanan (mesej) kepada beliau,” katanya.

Hamisa berkata hal itu akan dilakukann­ya walaupun Pemilihan Agung Umno 2013, kepimpinan­nya (di Wanita Bahagian) sudah ditolak dan hanya menjadi ketua cawangan.

Mengulas lanjut, beliau akui bukan mudah untuk meninggalk­an perjuangan BN, namun akur apabila melihat trend Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), rakyat menolak BN.

“Kalau pemimpin yang ditinggalk­an, pemimpin itu hanya satu orang, tetapi rakyat ramai, ini yang kita mahu tengok kerana merekalah di belakang kita,” katanya, di sini, pada Selasa.

Menurutnya, pilihan berpindah parti juga dibuat bukan untuk mengejar jawatan dan beliau sudah memberitah­u presiden Warisan, bahawa perpindaha­nnya adalah tanpa syarat.

Ditanya berhubung sokongan akar umbi kepada dirinya, beliau tidak mahu memaksa tetapi meletakkan pilihan kepada mereka termasuk pemimpin setempat jika hendak menyertai Warisan.

“Berdasarka­n keputusan PRU14 juga kita dapati lebih 50 peratus ahli Umno tidak mengundi kita, tetapi saya akan turun ke akar umbi dan melihat tahap sokongan mereka (kepada Warisan).

“Saya juga tidak paksa jika mereka mahu membubarka­n cawangan masing-masing, terpulang kepada (Umno) Bahagian untuk mengatur cawangan mereka,” katanya.

Ditanya berhubung pendiriann­ya terhadap penyokong lama Warisan, beliau berjanji tidak akan melupakan mereka dan akan cuba mewujudkan pasukan gerak-kerja yang seimbang.

Hamisa juga menaruh keyakinan kepada barisan jentera lamanya yang membantu kejayaanny­a untuk sekali lagi muncul sebagai Adun Tanjung Batu penggal ketiga.

“Jentera-jentera kita memang bekerja, buktinya kita menang, sudah tentu kita tidak mahu singkirkan mereka, tetapi kita juga mahu memastikan penyokong lama Warisan diberi perhatian.

“Kita akan cari mekanisme terbaik supaya tidak ada yang tercicir dalam perjuangan, saya faham, dan berhasrat membentuk jawatankua­sa di peringkat kampung,” katanya.

 ??  ?? KETIBAAN Hamisa yang baharu tiba dari ibu negeri ke kediamanny­a di Tawau disambut oleh penyokong-penyokongn­ya.
KETIBAAN Hamisa yang baharu tiba dari ibu negeri ke kediamanny­a di Tawau disambut oleh penyokong-penyokongn­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia