Utusan Borneo (Sabah)

Jeffrey hanya sempat duduk sehari di pejabat

Tiada kelibat kelihatan pada Selasa, media bersurai jam 9 pagi

-

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang memulakan tugas sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan di Wisma Pertanian pada Isnin, tidak kelihatan datang ke pejabat pada Selasa.

Beliau dijadual untuk mempengeru­sikan mesyuarat penuh berasama ketua-ketua pengarah setiap jabatan dan agensi di bawah kementeria­n itu pada Khamis.

Anggota media yang menunggu ketibaan Jeffrey seawal jam 7.30 pagi di pintu masuk utama Wisma Pertanian Sabah beredar kira-kira jam 9 pagi selepas presiden Parti Solidariti Tanahairku (Star) itu tidak muncul.

Jeffrey satu-satunya menteri di dalam Kabinet Negeri yang dilantik oleh Tan Sri Musa Haji Aman pada Jumaat, hadir bertugas di Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan pada Isnin.

Bagaimanap­un, beliau tidak kelihatan hadir pada Selasa kemungkina­n mengetahui pihak Istana Negeri telah menyerahka­n surat rasmi kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Haji Aman untuk memaklumka­n bahawa Musa bukan lagi Ketua Menteri Sabah.

Beberapa kakitangan Wisma Pertanian Sabah ketka ditemui berkata, mereka tidak menyedari Jeffrey telah datang untuk memulakan tugas di Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan pada Isnin.

“Kami hanya nampak ada sekatan polis di pintu masuk berdekatan pondok keselamata­n Wisma Pertanian Sabah.

“Setiap orang yang masuk ke sini (Wisma Pertanian) akan diperiksa...orang ramai tidak dibenarkan masuk kecuali kakitangan jabatan dan agensi kementeria­n,” katanya yang enggan namanya disebut.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Selasa berkata, tiada seorang pun menteri Kabinet yang tidak sah dibenarkan masuk di mana-mana kementeria­n tanpa kebenaran oleh pegawai kerajaan.

“Kami hanya nampak ada sekatan polis di pintu masuk berdekatan pondok keselamata­n Wisma Pertanian Sabah. Setiap orang yang masuk ke sini (Wisma Pertanian) akan diperiksa...orang ramai tidak dibenarkan masuk kecuali kakitangan jabatan dan agensi kementeria­n.

 ??  ?? PINTU masuk utama Wisma Pertanian Sabah kelihatan lenggang dan Jeffrey juga tidak kelihatan datang ke pejabat.
PINTU masuk utama Wisma Pertanian Sabah kelihatan lenggang dan Jeffrey juga tidak kelihatan datang ke pejabat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia