Utusan Borneo (Sabah)

Wartawan didenda RM1,200 buat laporan polis palsu

-

BUKIT MERTAJAM: Seorang wartawan didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa kerana membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, 2 Mei lepas.

Majistret Dianne Ningrad Nor Azahar menjatuhka­n hukuman itu ke atas Fong Kee Soo, 37, selepas lelaki itu mengaku memberi maklumat palsu secara bertulis di Balai Polis Perai, dekat sini pada pukul 9.14 malam, 2 Mei lepas.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalanih­ukumanpenj­aradua bulan jika dia gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Tertuduh yang masih bujang itu didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau keduaduany­a.

Terdahulu, Fong yang diwakili peguam K. Kumarathir­aviam merayu hukuman berbentuk denda dengan alasan itu adalah kesalahanp­ertamatert­uduhdan kesalahan itu hanya melibatkan laporan polis palsu yang tidak mendatangk­an kecederaan dan kesusahan kepada sesiapa.

Timbalan Pendakwa Raya Nazratul Natrah Mohd Yusuf memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana perbuatan tertuduh membazirka­n masa pegawai penyiasat untuk menyiasat satu kes yang tidak wujud.

Berdasarka­n fakta kes, Fong didakwa membuat laporan polis bahawa dia disamun oleh dua lelaki yang menunggang motosikal dengan menendang motosikal yang ditunggang­inya dari arah belakang sebelum mereka merampas beg galas miliknya dan melarikan diri di kawasan perindustr­ian menuju ke Jalan Chain Ferry, Perai dekat sini pada 8.30 malam, 2 Mei lepas.

Bagaimanap­un, hasil siasatan polis mendapati tertuduh telah membuat laporan polis palsu disebabkan masalah kewangan.

Di Kuala Lumpur, seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mendera anak perempuan kenalannya yang berumur lima tahun.

R.Seeta, 28, yang tidak bekerja membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan alam bahasa Tamil di hadapan Hakim Roihatul Ahmad Abdullah.

Dia didakwa dengan sengaja mendera kanak-kanak itu sehingga menyebabka­n kecederaan kesan parut pada bahagian muka, badan, kaki, tangan serta kepala mangsa di sebuah rumah di Taman Kuchai Lama di sini, pukul 5.30 petang pada 12 Dis 2017.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntu­kkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia