Utusan Borneo (Sabah)

Muhyiddin kemuka senarai calon wakili PPBM jadi menteri Kabinet

Mewakili PPBM untuk jadi menteri Kabinet

-

PUTRAJAYA: PPBM telah mengemukak­an senarai calon parti itu untuk pertimbang­an jawatan menteri atau timbalan menteri kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita telah kemukakan dan kita serah kepada kebijaksan­aan beliau (Perdana Menteri) untuk mempertimb­angkan supaya perwakilan­PPBMdalamk­erajaan berperanan,” kata Muhyiddin, yang sebelum ini dinamakan sebagai Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninggalk­an Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Selasa pada kira-kira 1 tengah hari bagi menyerahka­n senarai itu. Muhyiddin dilihat memasuki yayasan, yang menempatka­n pejabat Dr Mahathir, itu kirakira 11.30 pagi.

Munurut Muhyiddin, parti lain dalam Pakatan Harapan juga mengemukak­an senarai masingmasi­ng kepada Dr Mahathir untuk dipertimba­ngkan dalam tempoh beberapa hari supaya proses pembentuka­n kerajaan dan jemaah menteri dapat disegeraka­n.

“Kita hendak mula bekerja

“Kita telah kemukakan dan kita serah kepada kebijaksan­aan beliau (Perdana Menteri) untuk mempertimb­angkan supaya perwakilan PPBM dalam kerajaan berperanan.” TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN Presiden PPBM

kerana kita telah menerima mandat yang besar, harapan rakyat begitu tinggi dan mereka ingin melihat sama ada kerajaan ini kerajaan yang betul betul bekerja atau bagaimana,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Gobind Singh Deo turut dilihat meninggalk­an bangunan yayasan itu pada pukul 10.10 pagi.

 ??  ?? MUHYIDDIN (dua, kanan) memasuki Yayasan Kepimpinan Perdana untuk menemui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa.
MUHYIDDIN (dua, kanan) memasuki Yayasan Kepimpinan Perdana untuk menemui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia