Utusan Borneo (Sabah)

Sabah intai permulaan menang pusingan kedua

-

KOTA KINABALU: Pengurus pasukan skuad bawah19tah­unSabah,Azman Mastar mengharapk­an pencapaian lebih baik pada pusingan kedua saingan Kumpulan A liga Piala Belia bermula menentang Perak PKNP FC di Stadium Penampang petang ini (sepak mula 4.15 petang).

“Mengutip 18 mata dari 10 perlawanan dengan rekod lima menang, tiga seri dan dua kalah untuk menduduki tempat kedua pada pusingan pertama adalah pencapaian yang baik. Bagaimanap­un ia baru separuh jalan.

“Apa yang saya harapkan adalah cabaran yang telah diharungi pada pusingan pertama itu telah menjadikan pasukan lebih baik kerana masih ada 10 perlawanan pada pusingan kedua yang akanmenent­ukankedudu­kan sebenar pasukan,” kata Azman ketika dihubungi pada Selasa.

Azman berkata, kelebihan bermain lebih banyak sebagai tuan rumah pada pusingan kedua juga perlu dimanfaatk­an sepenuhnya untuk meraih kemenangan.

Sabah akan menjadi tuan rumah enam dari 10 perlawanan pusingan kedua.

“Apapun kami akan fikirkan perlawanan itu satu persatu bermula menentang PKNP esok (petang ini). Ia adalah perlawanan pertama pusingan kedua dan tentunya kami sasar mata penuh terutama kerana kita bermain di gelanggang sendiri.

“Saya harap prestasi pasukan tidak terjejas ekoran jadual ketat di mana ini adalah perlawanan keempat kami dalam tempoh 10 hari. Kita seri 1-1 dengan mereka pada pusingan pertama.Kali ini kita akan cuba dapatkan mata penuh, kami akan cuba yang terbaik,” kata Azman.

Menurutnya, ketua jurulatih Mohd Aiyyman Shah Johny Abdullah dijangka tidak akan membuat perubahan ketara barisan utama.

Kesebelasa­n kemungkina­n itu terdiri daripada Joslan Aping, Mohd Syukri Baharun, Muhammad Syahmil Nizam, Abdul Hanafie, Mohd Farhan Airil, Leonardo Lisua, Owen Piou, Andrew Beckham Jamri, Xsevier Xcico Felex, Mohamad Sharizan Saidin dan Mohd Iqhbal Kassim.

-Oleh VITALIS G BINGKASAN

 ??  ?? AZMAN
AZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia