Utusan Borneo (Sabah)

Rekod tanpa kalah Sabah lebur

Tumpas 3-2 kepada UKM FC di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTAKINABA­LU:Rekod tanpa kalah Sabah lebur di tangan pasukan tercorot Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) dengan kekalahan 32 pada saingan Liga Premier di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang pada Selasa.

Skuad bimbingan Jelius Ating itu gagal mempamerka­n persembaha­n yang diharapkan sesuai dengan rekod tanpa kalah tujuh perlawanan sebelumnya (tiga menang dan empat seri) apabila gerakan-gerakannya tidak menjadi atau mudah dipatahkan pasukan tuan rumah.

UKM mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Se-In Nam pada minit ke-28.

Sabah gagal memberi respon positif terhadap gol yang membolosin­ya itu walaupun selepas rehat, malahan dibayangi kekalahan memalukan apabila suatu ketika ketinggala­n 3-0 dengan UKM menambah dua gol lagi menerusi Se-In (minit 58) dan Kipsen Atuheire (minit 72).

Sabah menggandak­an usaha selepas itu tetapi ia sudah terlewat. Dengan permainan berbaki kurang 20 minit, mereka hanya mampu menghasilk­an dua gol.

Gol pertama Sabah dijaringka­n penyerang utama, Hector Omar Ramos Lebron pada minit ke-75 manakalago­lkeduamene­rusi penyerang gantian, Justin Samaan pada minit ke-82.

Keputusan itu menyaksika­n Sabah turun satu tangga lagi ke kedudukan keempat dengan 13 mata iaitu satu mata di bawah Felcra FC dan Sarawak yang masingmasi­ng telah mengumpul 14 mata di tangga kedua dan ketiga manakala tangga teratas carta liga membabitka­n 12 pasukan itu dikuasai Felda United dengan 20 mata.

Sambil itu, ia adalah kemenangan kedua buat UKM untuk naik satu tangga ke kedudukan ke-11 dengan enam mata.

Sabah akan meneruskan cabaran menentang Pulau Pinang juga di tempat lawan pada 28 April.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia