Utusan Borneo (Sabah)

Untung bersih Nestle naik kepada RM231 juta pada suku pertama

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Nestle (M) Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2018, naik kepada RM231.21 juta berbanding RM230.687 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Dalam kenyataan semalam, Nestle berkata, perolehan meningkat sebanyak 4.2 peratus kepada RM1.42 bilion berbanding RM1.37 bilion pada suku tahun yang sama tahun lepas didorong oleh jualan domestik dan eksport yang kukuh.

Ketua Pegawai Eksekutif, Alois Hofbauer, berkata kecemerlan­gan syarikat itu disebabkan strategi FIT yang disokong oleh tiga tonggak – ‘Fuel to Grow’, ‘Innovate to Grow’ dan ‘Transform to Grow’.

“Strategi FIT yang amat berkesan menyumbang kepada pertumbuha­n syarikat yang mampan, membolehka­n kami meningkatk­an kecekapan dan mengukuhka­n produktivi­ti,” katanya.

Beliau berkata keputusan positif itu turut disokong oleh aktiviti pemasaran dan promosi yang strategik semasa Tahun Baharu Cina pada suku tahun tersebut.

Mengenai prospek, katanya, Nestle menyasarka­n untuk terus menawarkan kepada rakyat Malaysia pilihan yang lebih sihat, selain pelbagai inisiatif dan aktiviti untuk menggalakk­an gaya hidup yang lebih aktif.

“Walaupun tahun akan datang dijangka terus mencabar, kami yakin dengan strategi FIT jangka panjang kami, portfolio jenama yang kukuh, tenaga kerja yang berbakat dan tumpuan yang berterusan kepada inovasi akan terus menyumbang kepada pertumbuha­n syarikat yang mampan dan mencatat keuntungan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia