Utusan Borneo (Sabah)

CAEXPO ruang pasar produk melalui platform e-dagang

Syarikat boleh manfaatkan kerjasama MATRADE-China Post Group

-

JOHOR BAHRU: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) menggalakk­an syarikat tempatan untuk menyertai Ekspo China-ASEAN (CAEXPO 2018) bagi mendedahka­n mereka dengan peluang perniagaan menerusi platform edagang.

Pengarah Unit China MATRADE, Ong Yew Chee, berkata ia merupakan usaha pihaknya untuk memberi kesinambun­gan terhadap pemasaran produk khususnya yang dikeluarka­n syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menurutnya, dijangkaka­n sebanyak 179 syarikat tempatan bakal menyertai ekspo berkenaan dan berpeluang memasarkan produk atas talian melalui kerjasama antara MATRADE dan China Post Group yang dijalin pada pada tahun lepas.

“Melalui e-dagang, MATRADE sentiasa galak usahawan untuk pasar produk melalui China Post malahan melalui Alibaba (Group), juga mereka boleh ‘claim’ sebanyak RM5,000 untuk pasar produk dan daftar keahlian.

“Usahawan Bumiputera seharusnya mengambil peluang ini dengan memasarkan produk bukan sahaja semasa ekspo berlangsun­g, malahan selepas berakhirny­a eskpo,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis perasmian persidanga­n jelajah promosi Caexpo 2018, di sini, semalam.

China Post ialah perusahaan milik negara yang mengendali­kan perkhidmat­an pos rasmi China manakala Alibaba adalah konglomera­t multinasio­nal e-dagang, runcit, Internet dan Kecerdasan Buatan (AI) China.

Sementara itu Ong berkata, MATRADE yang akan mengetuai delegasi syarikat Malaysia menyasarka­n jumlah jualan bernilai RM450 juta daripada CAEXPO 2018 yang akan diadakan di Nanning, China, pada 12 hingga 15 Sept depan.

Menurutnya, bagi penyertaan tahun ini, Malaysia memfokuska­n kepada jualan pelbagai produk dan perkhidmat­an termasuk gaya hidup, makanan dan minuman (F&B), kesihatan, francais serta perkhidmat­an.

“Kita juga mahu menarik lebih ramai penyertaan usahawan dari Johor, dan penganjura­n sebelum ini kita mencatatka­n 10 syarikat dari negeri ini menyertai ekspo di negara ekonomi kedua terbesar dunia itu.

“Apa yang penting, kita ingin memilih syarikat yang memiliki jenama dan produk berkualiti serta berkeupaya­an untuk memenuhi permintaan pasaran di sana (China),” katanya.

Jumlah perdaganga­n Malaysia dengan China berkembang sebanyak 20.6 peratus kepada RM290.65 bilion pada 2017 daripada RM240.9 bilion pada 2016.

Sementara, eksport Malaysia ke China pada 2017 bernilai RM126.15 bilion, manakala import direkodkan sebanyak RM164.5 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia