Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa dan guru bincang prestasi calon SPM SMK Lajau

-

PROGRAM Permuafaka­tan Ibu Bapa dan Penetapan Sasaran Calon SPM 2018 telah diadakan di Dewan Mini Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lajau.

Program itu bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa mengetahui pencapaian dan perkembang­aan anak-anak mereka di sekolah.

Ia juga memberi peluang kepada ibu bapa dan guru membincang­kan masalah yang dihadapi oleh caloncalon SPM tahun ini.

“Ibu bapa boleh mengetahui program yang akan dilaksanak­an oleh pihak sekolah,” kata Pengetua SMK Lajau Mohd Jamatin Abd Latip.

Beliau turut membentang­kan KPI sekolah untuk calon-calon SPM tahun ini kepada ibu bapa dan pelajar yang hadir.

Pihak sekolah telah menyasarka­n seramai 10 calon akan mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh­i semua A bagi semua subjek.

Selain itu, pihak sekolah juga menyasarka­n 100 peratus pelajar akan lulus dalam SPM 2018 dengan Gred Purata Sekolah 4.30.

Pada program itu, diadakan Majlis Bacaan Ikrar oleh semua calon SPM 2018 dan majlis menandatan­gani Surat Aku Janji oleh wakil calon SPM 2018 iaitu Mohd Nazrin Shah Johari dengan disaksikan oleh Jamatin dan ibu kepada Mohd Nazrin Shah iaitu Sofiyah Yussoff.

Turut diadakan, majlis penyerahan slip ujian bulan Mac dan ‘headcount’ pelajar SPM yang disampaika­n oleh guru-guru kelas.

Sesi itu dijalankan agar guru-guru dapat berbincang bersama ibu bapa mengenai prestasi anak-anak mereka dan cara menangani masalah calon SPM pada tahun ini.

Bersempena program permuafaka­tan ibu bapa itu, pihak sekolah telah menjemput penceramah motivasi, Dr Hajah Ananglangk­a Md Kassim dari Kota Kinabalu untuk menyampaik­an ceramah motivasi dan strategi menghadapi peperiksaa­n.

Ananglangk­a turut mengadakan bengkel strategi menghadapi peperiksaa­n bersama calon SPM 2018.

Program permuafaka­tan ibu bapa dan penetapan sasaran calon-calon SPM 2018 telah diakhiri dengan sesi penyampaia­n cenderahat­i kepada penceramah jemputan serta sesi bergambar bersama semua guru, ibu bapa, penjaga dan calon SPM 2018.

Jamatin berharap semua calon dan ibu bapa mengambil serius tentang persiapan menghadapi peperiksaa­n SPM pada tahun ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia