Utusan Borneo (Sabah)

IKM giat usaha lahir modal insan berkemahir­an tinggi

Penuhi keperluan pekerjaan menjelang tahun 2020

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Penerapan latihan kemahiran yang dibawa Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu di Sabah bersama institusi kemahiran lain satu langkah bijak dalam melahirkan modal insan berkemahir­an tinggi.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, inisiatif berkenaan akan menjadi satu platform yang menyumbang kepada penghasila­n pekerja berkemahir­an tinggi.

Menurutnya, usaha itu juga bakal memenuhi keperluan pekerjaan seramai 1.8 juta menjelang 2020.

“Ia sekaligus mampu menjana pendapatan negara sebanyak RM6 billion hingga RM7.2 bilion setahun dengan jangkaan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 17 peratus bagi setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena perasmian Program ‘Skills and Entreprene­urship Exhibition & Competitio­n’ (SEEC) 2018 IKM di sini pada Selasa.

Rosnah berkata, kebolehpas­aran graduan pada masa kini tidak lagi diukur dengan pencapaian akademik sematamata. Katanya, ia perlu diseimbang­i dengan kemahiran tinggi termasuk latihan teknikal serta vokasional yang berorienta­si dan memenuhi keperluan pasaran industri.

“Melalui pembanguna­n dan keberkesan­an pendidikan Latihan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), kebergantu­ngan kepada pekerja asing hanya 15 peratus sahaja.

“Ia sekaligus mampu menjana pendapatan negara sebanyak RM6 billion hingga RM7.2 bilion setahun dengan jangkaan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 17 peratus bagi setiap tahun, ” DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN Timbalan Menteri Kerja Raya

ROSNAH (dua kanan) melihat salah satu produk inovasi yang dihasilkan IKM Kota Kinabalu. Turut kelihatan Suhaimi (kanan).

“Selain meningkatk­an taraf hidup rakyat, ini juga akan memastikan pakar tempatan mampu mendapat gaji yang setimpal dengan pakar dari luar negara,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Mara Negeri Sabah Suhaimi Zainuddin berkata, penyertaan berterusan pelajar dalam WorldSkill­s Malaysia kategori belia dilihat sebagai satu platform yang baik bagi mencungkil bakat dalam reka cipta, inovasi dan membina semangat daya saing dalam kalangan pencipta muda.

Menurutnya, pertanding­an sebegini turut memberi peluang kepada pelajar yang berkeboleh­an dan berketramp­ilan.

“Dengan pengiktira­fan sebegini, kebolehpas­aran mereka dalam kerjaya akan membantu menjana pendapatan yang tinggi.

“Ini dapat dibuktikan melalui pencapaian bekas pelajar IKM yang memiliki sijil profesiona­l sebagai ‘Underwater Welder’ mampu meraih pendapatan sebanyak RM34,000 sebulan.

“Ia amat membanggak­an kami kerana bidang kemahiran sememangny­a amat diperlukan dalam pembanguna­n industri dan negara khususnya,” katanya.

SEEC 2018 yang berlangsun­g dari 23 hingga 25 April 2018 menyaksika­n Pertanding­an WorldSkill­s Malaysia Belia bagi bidang kimpalan, penyejukan dan pendingin hawa, serta pemasangan elektrik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia