Utusan Borneo (Sabah)

Sasaran 40 pingat emas

Persiapan kontinjen Sukma Sabah lancar

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

“Kita akan terus berusaha untuk cuba capai misi yang tertangguh itu. Jumlah sukan dan bilangan atlet (menyertai Sukma) akan diumumkan secara ” rasmi dalam masa terdekat.

DATUK MASIUNG BANAH Pembantu Menteri Belia Dan Sukan

KOTA KINABALU: Persiapan Sabah bagi menghadapi­SukanMalay­sia (Sukma) XIX Perak 2018 berjalan lancar.

“Persiapan atlet atau pasukan berjalan lancar dan menepati program yang ditetapkan. Kita sedang berkerja keras untuk mengotakan misi yang tertangguh iaitu mencapai 40 pingat emas,” kata Pembantu Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Masiung Banah.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi semasa melakukan lawatan kerja rasmi venue-venue Sukma di Perak pada Selasa.

Masiung yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Kontinjen Sukma Sabah berkata, persatuan sukan terlibat juga sudah mengadakan latihan pusat dan ada yang telah dihantar mendapatka­n pendedahan pertanding­an kompetitif.

“Kita akan terus berusaha untuk cuba capai misi yang tertangguh itu. Jumlah sukan dan bilangan atlet (menyertai Sukma) akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat,” katanya.

Masiung bagaimanap­un membayangk­an bahawa Sabah akan mengambil bahagian dalam 17-21 jenis sukan.

Mengenai lawatan itu Masiung berkata, ia adalah sebahagian daripada program persiapan awal Sabah menghadapi sukan dwi tahunan terbesar negara berkenaan.

Turut bersama dalam lawatan itu adalah Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah Datuk Haji Awang Damit Ag Anak, Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) Datuk Louis Rampas, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah Terrance Pudin dan Pengurus Besar LSNS Datuk Penyuki Matta.

“KBS Sabah ingin mengucapka­n terima kasih kepada Urusetia Sukma Perak yang telah memberikan taklimat mengenai persediaan mereka selaku tuan rumah. Kami difahamkan bahawa semua daerah di Perak terlibat dalam penganjura­n Sukma sama ada dari segi venue pertanding­an atau tempat penginapan,” kata Masiung.

Sebagai rekod, Sabah buat julung kalinya telah menetapkan sasaran tertinggi 40 pingat emas pada Sukma XVIII Sarawak 2016 tetapi sekadar mencapai 25 pingat emas di samping 37 perak dan 38 gangsa.

Pencapaian itu meletakkan Sabah di tangga ketujuh di kalangan 15 pasukan yang mengambil bahagian termasuk Brunei selaku pasukan jemputan.

Enam pasukan di atas Sabah didahului Selangor selaku juara dengan 59 emas, 73 perak dan 63 gangsa diikuti Sarawak (57-43-59), Terengganu (47-42-44), Wilayah Persekutua­n (40-4440), Pahang (30-25-22) dan Pulau Pinang (26-12-29).

 ??  ?? MASIUNG (tengah di depan) bersama rombongan yang melakukan lawatan kerja rasmi venue-venue Sukma di Perak pada Selasa.
MASIUNG (tengah di depan) bersama rombongan yang melakukan lawatan kerja rasmi venue-venue Sukma di Perak pada Selasa.
 ??  ?? MASIUNG di pusat akuatik semasa lawatan kerja rasmi venue-venue Sukma di Perak pada Selasa.
MASIUNG di pusat akuatik semasa lawatan kerja rasmi venue-venue Sukma di Perak pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia