Utusan Borneo (Sabah)

Semangat Badak melonjak

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Kemenangan di Brunei menaikkan lagi semangat Sabah untuk menyambung kempen Liga Perdana pada 10 April, selepas rehat sebulan.

Ketua jurulatih Jelius Ating menganggap, kejayaan menewaskan Brunei DPMM FC menerusi keputusan 3-1 di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah National, Bandar Seri Begawan pada Isnin, memenuhi niat beliau untuk menguji anak-anak buah beliau dengan perlawanan bertaraf tinggi.

Pemain sayap kiri Justin Samaan menjaringk­an dua gol sambil import tengah dari Puerto Rico; Hector Ramos menjaringk­an gol ketiga.

Abdul Aziz Tamit tidak menghampak­an para penyokong dengan menjaringk­an gol tunggal pasukan tuan rumah ketika kedudukan 2-0 Sabah di hadapan.

Perlawanan itu juga merupakan perlawanan pemanas badan buat DPMM yang akan memulakan persaingan dalam Liga Perdana Singapura minggu hadapan.

“Kita mencapai objektif kita (bermain di Brunei) dan ianya memang penting untuk kita (beraksi di Brunei).

“Kita gembira dengan kemenangan itu, tetapi apa yang lebih penting, kita dapat menguji persiapan kita dan memperbaik­i kelemahan yang kita kenalpasti semasa mengharung­i perlawanan itu,” jelas Jelius dihubungi pada Selasa.

“Antara kelemahan yang kita kenalpasti ialah kita bermula agak perlahan dan sukar mencari rentak...para pemain juga kehilangan posisi dalam 10-15 minit pertama.

“Ini lah akibat jika kurang mengharung­i perlawanan yang berkualiti. Semua ini tidak dihadapai semasa sesi latihan.

“Sebab itu saya gembira dengan perlawanan di Brunei ini, dan kini kita mempunyai masa seminggu untuk memperbaik­i kelemahan yang ada,” tambah beliau.

“Saya juga gembira melihat peningkata­n aksi beberapa pemain termasuk Justin. Saya akan berusaha memberi sebanyak mungkin pendedahan untuk para pemain untuk memastikan mereka cukup bersedia.

“Bagi saya, kemampuan permainan lebih diutamakan berbanding reputasi dan pengalaman semasa pemilihan pemain,” kata Jelius lagi.

Skuad badak akan menyambung aksi Liga Perdana dengan berhadapan UiTM FC di Stadium Likas.

 ??  ?? JELIUS
JELIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia