Utusan Borneo (Sabah)

KK juara Sikhs Borneo

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Daerah ini muncul juara keseluruha­n Sukan Persahabat­an Sikhs Borneo 2018 yang berakhir di sini pada Ahad.

Kota Kinabalu mengumpul 19 mata untuk kelebihan tipis satu mata mengatasi naib johan keseluruha­n Kuching, Sarawak di kejohanan edisi ke-6 kali ini yang berlangsun­g selama tiga hari.

Kontinjen Miri, Sarawak muncul selaku pemenang tempat ketiga keseluruha­n dengan 14 mata diikuti kontinjen Wilayah Persekutua­n Labuan yang hanya berjaya mengumpul lapan mata.

Kota Kinabalu menjuarai tiga dari enam jenis sukan yang dipertandi­ngan iaitu badminton, bola tampar dan futsal selain muncul naib johan sukan boling dan hoki dan menduduki tempat keempat dalam acara tarik tali.

Dalam sukan badminton, naib johan disandang oleh Kuching sambil tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang oleh Miri dan Labuan.

Aksi bola tampar menyaksika­n Miri muncul selaku naib johan sambil tempat ketiga dan keempat masing-masing Kuching dan Labuan.

Manakala persaingan futsal menyaksika­n Kuching muncul selaku naib johan diikuti Labuan dan Miri masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Dalam sukan boling, Kuching muncul selaku juara mengatasi Kota Kinabalu diikuti Miri dan Labuan masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Kuching juga menjuarai sukan hoki dalam saingan tiga penjuru mengatasi Kota Kinabalu selaku naib johan sambil Miri menduduki tempat ketiga.

Sementara acara tarik tali dijuarai oleh Miri mengatasi naib johan Labuan sambil tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang oleh Kuching dan Kota Kinabalu.

 ??  ?? KONTINJEN Kota Kinabalu merai kejayaan muncul juara keseluruha­n Sukan Persahabat­an Sikhs Borneo Ke-6, 2018 di Kota Kinabalu pada Ahad.
KONTINJEN Kota Kinabalu merai kejayaan muncul juara keseluruha­n Sukan Persahabat­an Sikhs Borneo Ke-6, 2018 di Kota Kinabalu pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia