Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri akan majukan industri kreatif

Ia bagi memacu pembanguna­n kesenian, kebudayaan Sarawak ke mata dunia: KM

-

KUCHING:Kerajaanne­geri akan memajukan industri kreatif bagi memacu pembanguna­n kesenian dan kebudayaan Sarawak ke mata dunia.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, untuk itu Sarawak bakal mempunyai saluran yang khusus bagi mengetenga­hkan kekayaan kesenian dan kebudayaan rakyat negeri ini.

“Satu perkara yang saya hendak maklumkan bahawa kita sememangny­a ada dasar untuk memajukan industri kreatif tetapi saya tidak dapat umumkan sekarang, tunggu bulan September nanti saya umumkan, ini perkara yang sangat baik untuk Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Persembaha­n Khas Kelab Peminat P.Ramlee Sarawak bertemakan ‘Menyusuri Jalan Kenangan’ di Dewan Undangan Negeri lama di sini, Ahad malam.

“Suatu ketika nanti apabila kita sudah mempunyai saluran ini, kita dapat mengetenga­hkan kekayaan khazanah kesenian kita di Sarawak,” tambah Abang Johari.

Menurutnya, menerusi saluran itu juga masyarakat dunia dapat menyelami keunikan khazanah, kesenian dan kebudayaan rakyat Sarawak.

“Melalui satu saluran ini, saya rasa ia bukan sahaja dapat menyelami kita tetapi sudah tentu dapat kita perbesarka­n ke tempat lain,” tegasnya.

Menyentuht­entangreso­lusi Kongres Seni Sarawak yang diserahkan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Dr Hazami Jahari, Abang Johari berkata, pihak konsultan untuk melaksanak­an projek pembanguna­n Pusat Seni Persembaha­n Negeri telah dilantik.

Beliau memberitah­u, kini pihak konsultan sedang dalam proses mereka bentuk bangunan.

“Menyentuh tentang resolusi kongres berkaitan saranan agar pembinaan panggung seni disegeraka­n, sebenarnya konsultan telah dilantik dan mereka sekarang sedang merancang reka bentuk bangunan panggung seni negeri.

“Sudah ada dalam perancanga­n kita iaitu untuk menggunaka­n bangunan (Dewan Undangan Negeri lama) dengan tambahan bangunan baharu untuk

DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

satu panggung khas yang dilengkapi dengan kemudahan berteknolo­gi dan Internet, inilah dalam perancanga­n kita,” katanya.

Pada masa sama beliau berkata kerajaan negeri turut merancang menambah baik pusat latihan kesenian sedia ada.

Jelasnya, ia untuk dijadikan tempat bagi melatih generasi muda dalam mendalami ilmu kesenian sekali gus dapat mempersemb­ahkan seni budaya rakyat Sarawak ke serata dunia.

“Satu perkara yang saya hendak maklumkan bahawa kita sememangny­a ada dasar untuk memajukan industri kreatif tetapi saya tidak dapat umumkan sekarang, tunggu bulan September nanti saya umumkan, ini perkara yang sangat baik untuk Sarawak.

 ??  ?? ABANG JOHARI menerima dokumen Resolusi Kongres Seni Sarawak 2018 dari Hazami sambil disaksi (dari kiri), Zuraini, Fatimah, Juma’ani, Masing, Adi, Asfia dan Karim.
ABANG JOHARI menerima dokumen Resolusi Kongres Seni Sarawak 2018 dari Hazami sambil disaksi (dari kiri), Zuraini, Fatimah, Juma’ani, Masing, Adi, Asfia dan Karim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia