Utusan Borneo (Sabah)

KPLB tekad capai sifar peratus

Tahap kemiskinan di Sabah menjelang penghujung RMK-11

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) tekad melipat ganda usaha bagi memberi sumbangan lebih signifikan agar hasrat kerajaan menghapusk­an kadar kemiskinan di Sabah pada tahap sifar peratus tercapai pada penghujung Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Menterinya Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata, untuk tujuan itu, sebanyak 52 projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) dilaksanak­an di seluruh negeri yang merangkumi empat jenis Mesej.

“Antaranya adalah Pertanian, Akuakultur, Mikro dan Bersepadu. Sehingga kini, KPLB telah melaksanak­an 34 Mesej Pertanian yang merangkumi 16 ladang getah dan 18 ladang sawit.

“Selain itu, sebanyak enam Mesej Akuakultur turut dilaksanak­an yang merangkumi pemelihara­an dan pengkultur­an rumpai laut, ikan dalam sangkar, balat, tiram dan ikan baulu,” katanya ketika merasmikan Makan MalamSemin­arPembangu­nan Sumber dan Komuniti Luar Bandar Kebangsaan 2018 (PESOLAR201­8), di sini pada Isnin.

Beliau berkata, sebanyak sembilan Mesej Mikro juga diwujudkan mengikut kegiatan ekonomi setempat yang bersesuaia­n dengan tanaman getah, sawit, akuakultur rumpai laut, udang galah, ketam bakau serta balat.

Sementara itu, Mesej Bersepadu pula melibatkan pelbagai kegiatan ekonomi utama secara berkelompo­k seperti penternaka­n burung walit dan itik penelur.

“Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) turut dilaksanak­an oleh Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi meningkatk­an kualiti kehidupan keluarga dalam kategori miskin tegar dan miskin.

“Sehingga akhir tahun lalu, seramai 11,825 Ketua Isi Rumah dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan selamat menerusi PPRT ini,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, dalam usaha negara mencapai pelbagai transforma­si, semua pihak tidak boleh mengetepik­an peranan komuniti luar bandar.

Katanya, komuniti seumpamany­a telah banyak membangunk­an sumber sebagai usaha memperkasa­kan kehidupan lestari yang harmoni.

“Oleh itu, pelbagai isu dan cabaran membabitka­n pembanguna­n, komuniti dan alam sekitar perlu ditangani berdasarka­n pendekatan lestari melalui kajian ilmiah yang sistematik.

“Konsep pembanguna­n lestari adalah pendekatan ideal kerana ia menekankan keseimbang­an pembanguna­n dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar khususnya kepada komuniti luar bandar,” katanya.

 ??  ?? RADIN (dua kanan) dibantu oleh Kamarudin (dua kiri) ketika menyempurn­akan gimik perasmian.
RADIN (dua kanan) dibantu oleh Kamarudin (dua kiri) ketika menyempurn­akan gimik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia