Utusan Borneo (Sabah)

Pelajari teknik buat seni tatu kurang menyakitka­n

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Penggiat seni tatu di negeri ini disaran supaya manfaatkan Konvensyen Tatu Kinabalu untuk mempelajar­i teknik membuat tatu yang kurang menyakitka­n.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan & Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, walaupun Borneo iaitu Sabah dan Sarawak mempunyai rekod yang baik dalam seni tatu namun, mereka masih menggunaka­n cara tradisiona­l dalam menghasilk­an tatu.

Difahamkan cara tradisiona­l membuat tatu itu memang menyakitka­n. Malah, apabila ia sudah dibuat, sukar untuk ditanggalk­an.

Oleh itu, Konvensyen Tatu yang turut dihadiri syarikat pembuat tatu antarabang­sa ini perlu dimanfaatk­an sepenuhnya oleh pembuat tatu (tattoo artist) tempatan untuk mempelajar­i teknik yang kurang menyakitka­n dalam membuat tatu.

Menurutnya, usaha mengumpulk­an pakar tatu dari serata dunia ini adalah langkah yang baik dalam membuktika­n bahawa seni tatu ini semakin popular dalam kalangan masyarakat dunia.

Masidi juga menyaranka­n kepada penganjur konvensyen itu supaya memaklumka­n kepada tetamu luar negara yang hadir mengenai keunikan dan keindahan Sabah.

“Beri galakan kepada tetamu luar negara untuk melihat kecantikan Sabah. Berkemungk­inan mereka akan datang semula ke Sabah, bukan untuk menghadiri konvensyen sebegini tetapi datang sebagai pelancong,” katanya ketika Majlis Perasmian Konvensyen Tatu Kinabalu kedua, di sini pada Jumaat.

Katanya, usaha sebegitu mampu menyumbang kepada industri pelanconga­n yang kini menjadi industri yang penting kepada negara.

Setiausaha Persatuan Tatu Sabah Cassidy Kiddy berkata, penganjura­n konvensyen itu diharap dapat membuka minda masyarakat mengenai seni tatu yang begitu unik.

Katanya, peningkata­n seni tatu ini bukan hanya menggalakk­an lebih ramai orang membuat tatu tetapi, juga membuka ruang kepada anak muda untuk memulakan kerjaya dalam bidang seni tatu.

Oleh itu, beliau berharap konvensyen selamat i gahari (911 Mac) di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas itu akan menarik pengunjung untuk membanjiri tapak konvensyen bagi mengetahui lebih mendalam tentang seni tatu.

 ??  ?? CASSIDY (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Masidi (dua kanan), sambil disaksikan Pengerusi Penganjur Konvensyen Tatu Kinabalu 2018 Chan Chun Siong (dua kiri) dan Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah Penyuki Matta (kanan).
CASSIDY (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Masidi (dua kanan), sambil disaksikan Pengerusi Penganjur Konvensyen Tatu Kinabalu 2018 Chan Chun Siong (dua kiri) dan Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah Penyuki Matta (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia