Utusan Borneo (Sabah)

65 sertai Kem Bakat Badminton KBS

-

PUTATAN: Jabatan Belia dan Sukan (Persekutua­n) Negeri Sabah dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri telah menganjurk­an Program Kem Bakat Badminton KBS Negeri Sabah yang telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutua­n) Sabah Pasir Putih, di sini selama tiga hari dua malam, bermula pada 2 hingga 4 Mac.

Seramai 65 orang peserta berumur di antara 9 hingga 12 tahun dari seluruh negeri Sabah telah mengikuti kem ini.

Latihan dan aktiviti dikendalik­an oleh jurulatihj­urulatih Nusa Mahsuri yang diketuai Haji Abdul Rahman Haji Dato’ Sidek.

Kem Bakat Badminton KBS ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai sistem permainan yang betul selain menanam minat kanak-kanakdalam­sukanterse­but dan seterusnya mencungkil bakatbakat baharu dan diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi.

Selain itu ia memberi keseimbang­an kepada pembanguna­n Sukan Badminton dengan lebih tersusun di peringkat akar umbi dan melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas bersesuaia­n dengan matlamat kerajaan memperkena­lkan konsep ‘Malaysia Cergas’.

Majlis perasmian penutupan telah disempurna­kan oleh Pengarah JBS (P) Sabah Sabran Abd Bahar.

Turut hadir ialah Presiden Kelab Badminton Nusa Mahsuri Dato’ Seri Mohd Jalani Dato’ Haji Sidek, Penolong Pengarah Sukan, JBS (P) Sabah Noorman Ramlan Ahmad Adam dari Bahagian Pembanguna­n Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

 ??  ?? (Gambar kanan) PARA peserta Kem Bakat Nusa Mahsuri Peringkat Negeri Sabah bersama sijil mereka.
(Gambar kanan) PARA peserta Kem Bakat Nusa Mahsuri Peringkat Negeri Sabah bersama sijil mereka.
 ??  ?? (Gambar atas) PARA peserta perempuan Kem Bakat Nusa Mahsuri Peringkat Negeri Sabah merakam gambar kenangan selepas menerima sijil.
(Gambar atas) PARA peserta perempuan Kem Bakat Nusa Mahsuri Peringkat Negeri Sabah merakam gambar kenangan selepas menerima sijil.
 ??  ?? DATO’ Seri Hj Mohd Jalani (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Pengarah JBS (P) Sabah Sabran Abd Bahar.
DATO’ Seri Hj Mohd Jalani (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Pengarah JBS (P) Sabah Sabran Abd Bahar.
 ??  ?? JURULATIH memberikan penerangan semasa sebelum sesi latihan bermula.
JURULATIH memberikan penerangan semasa sebelum sesi latihan bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia