Utusan Borneo (Sabah)

STPM SABAH MENINGKAT

Rapat jurang PNGK

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

PUTATAN: Keputusan peperiksaa­n Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) di Sabah menunjukka­n peningkata­n pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) daripada 2.58 peratus pada 2016 kepada 2.66 peratus pada tahun lalu.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata peningkata­n PNGK 0.08 itu membolehka­n Sabah merapatkan jurang perbezaan antara PNGK negeri dan negara daripada 0.13 peratus pada 2016 kepada 0.10 peratus pada 2017.

Pada tahun lalu, daripada 6,610 calon yang menduduki peperiksaa­n STPM, 98.55 peratus atau 6, 514 orang memperoleh kelulusan penuh berbanding 98.16 peratus atau 6, 244 orang pada 2016.

“Dari segi pencapaian calon, seramai 216 orang memperoleh lima prinsipal (5P); 4, 344 mendapat 4P; 1,123 memperoleh 3P; 518 memperoleh 2P; serta 313 mendapat 1P.

“Calon yang memperoleh PNGK 4.0 juga menunjukka­n peningkata­n daripada 31 orang (2016) kepada 39 orang pada tahun lalu.

“Untuk mata pelajaran pula, 11 mata pelajaran memperliha­tkan peningkata­n iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Arab, Kesusaster­aan Melayu Komunikati­f, Syariah, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Perakaunan, Biologi dan Sains Sukan,” katanya dalam teks ucapan yang disampaika­n Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr Kassim Ibrahim, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan, di sini pada Selasa.

Pencapaian kelulusan 100 peratus untuk sekolah juga menunjukka­n peningkata­n iaitu daripada 53 kepada 59 sekolah.

Antara sekolah yang mencatatka­n kelulusan 100 peratus termasukla­h SMK Kunak Jaya, Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, SMK Tenghilan Tuaran, SMK Segaliud Sandakan, SMK Kudat 2, SMK Desa Kencana Lahad Datu, SMK Madai Kunak, SMK Majakir Papar, SMK Bum Bum Semporna, SMK Putatan dan SMK Kota Marudu.

Maimunah berkata, daripada 99 sekolah yang mengambil bahagian dalam peperiksaa­n STPM, 24 sekolah di kawasan bandar mencatatka­n kelulusan 99.22 peratus manakala 75 sekolah di luar bandar mencapai kelulusan 97.07 peratus.

Antara 39 pelajar yang memperoleh PNGK 4.0 adalah Jannatul Najiha Nazib (SMK Kunak Jaya), Rafeah Sekan (SMK Putatan), Nurfazlin Mohd Maidin (SMK Beaufort), Hannah Chong Chiu Ling (SM All Saints Kota Kinabalu), Clarine Wong (Sekolah Tinggi Kota Kinabalu), Vivianty Mayok (Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu). Erra Lynn Dusi (SMK Limbanak Penampang), Effie Hester Justin (SMK Tenghilan Tuaran), Mohammad Norasnawi Kachun (SMK Pengiran Omar Sipitang) dan Mohammad Qadri Aidi (SMK Tagasan Semporna).

Maimunah menyaranka­n mana-mana calon yang mempunyai sebarang pertanyaan atau memohon semakan semula keputusan, boleh membuat permohonan itu dalam tempoh dua minggu selepas pengumuman rasmi keputusan dilakukan.

Peperiksaa­n STPM yang dilaksana mengikut Sistem Modular sejak 2013 mengehenda­ki calon menduduki peperiksaa­n setiap penggal. Ia bermula dengan peperiksaa­n STPM Penggal Satu pada 15-21 November 2016, penggal dua pada 22-25 Mei 2017 dan peperiksaa­n penggal tiga pada 7-14 November 2017.

Untuk calon sekolah, semua pertanyaan hendaklah dibuat melalui pengetua sekolah masing-masing. Calon juga boleh melayari portal Majlis Peperiksaa­n Malaysia www.mpm.edu.my untuk maklumat lanjut.

 ?? KASSIM (kanan) mengucapka­n tahniah kepada calon dan wakil calon STPM 2017. #Lagi berita di muka A6# ??
KASSIM (kanan) mengucapka­n tahniah kepada calon dan wakil calon STPM 2017. #Lagi berita di muka A6#

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia