Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja bantuan Oxfam dituduh upah pelacur di Haiti

-

LONDON: Pekerja bantuan Oxfam mengupah beberapa pelacur di Haiti semasa usaha bantuan besar-besaran di pulau yang dilanda gempa bumi itu, menurut laporan akhbar United Kindgom semalam yang mendorong badankebaj­ikanitumen­afikan satu penyembuny­ian.

Pekerja seks muda telah diupah oleh kakitangan kanan di Haiti selepas gempa bumi pada 2010 yang memusnahka­n pulau itu dan menyebabka­n seramai 300,000 terbunuh, menurut The Times.

Beberapa kumpulan pelacur muda telah dijemput ke rumah dan rumah tumpangan yang dibayar badan kebajikan itu untuk beberapa parti seks liar, menurut seorang sumber yang mendakwa melihat rakaman pesta seks dengan pekerja seks memakai kemeja-T Oxfam.

Badan kebajikan itu telah melancarka­n satu siasatan dalaman pada 2011 yang mendapati satu “budaya bebas dari hukuman” di kalangan segelintir kakitangan dan tidak dapat menafikan bahawa sebahagian daripada pelacur masih di bawah umur, menurut akhbar.

The Times berkata pengarang wilayah Oxfam, Roland van Hauwermeir­en, telah meletak jawatan tanpa tindakan disiplin walaupun mengaku mengupah pelacur.

Dua lelaki lagi dilaporkan meletak jawatan dan empat lagi telah dipecat, sementara pihak berkuasa Haiti tidak dimaklumka­n serta tiada tindakan perundanga­n telah dilakukan.

Semasa memberi respons kepada laporan itu, Oxfam menafikan ia telah mendalangi satu “penyembuny­ian” bagi melindungi reputasi-nya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia